berita

Dua Kakitangan Wad Paediatrik Hospital Selayang Positif COVID-19

March 21st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Setakat 20 Mac 2020, sebanyak 130 kes terbaru COVID-19 dilapor menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1030 kes. Manakala satu lagi kes kematian melibatkan pesakit kes ke-152 iaitu lelaki warga tempatan dari kluster tabligh.

Memetik laporan Astro Awani, antara yang disahkan positif jangkitan adalah dua orang kakitangan wad Paediatrik Hospital Selayang menyebabkan semua wad Jabatan Paediatrik terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Tutup sementara

Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah binti Alwi dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut. Katanya siasatan lanjut masih berjalan dan semua wad Paediatrik di Jabatan Paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Pihak hospital tidak akan menerima sebarang kes rujukan atau kemasukan pesakit baru ke wad. Manakala pesakit lama tidak dibenarkan pulang sehinggalah siasatan selesai.

Pengarah hospital turut meminta pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang untuk triaging away semua kes paediatrik ke hospital lain.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×