berita

Dua Kali Diganggu Individu Agresif, Preity Zinta Luah Rasa Kesal & Mengamuk Di Media Sosial

April 11th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon bollywood, Preity Zinta meluahkan rasa kesal dengan beberapa individu yang tidak tahu menghormati privasinya.

Berlaku dua peristiwa

Menurut Preity Zinta, dua peristiwa telah berlaku dalam hidupnya beberapa hari yang lalu, sehingga dia terpaksa menulis hal berkenaan di media sosial. Ujarnya lagi, insiden pertama berlaku apabila seorang wanita mahu mengambil foto bersama dirinya dan Gia (anak).

Meskipun sudah menolak permintaan tersebut secara baik, wanita itu bertindak di luar kawalan apabila menarik lengan dan mencium wajah anaknya sebelum mengatakan Gia seorang anak yang comel.

Insiden ini berlaku di sebuah taman sewaktu anak saya sedang bermain. Nasib baik saya selebriti, kalau tidak pasti akan jadi lebih teruk. Saya diam pada mulanya sebab tak mahu buat kecoh.

Di samping itu, Preity Zinta turut berkongsi mengenai detik cemas tatkala berdepan seorang individu kelainan upaya (OKU). Jelas Preity Zinta, individu tersebut sering meminta wang daripadanya.

Pada hari berkenaan, Preity Zinta berkata dia tidak mempunyai wang secara tunai dan mempunyai kad sahaja. Oleh sebab itu, dia tidak dapat memberi wang kepada individu tersebut.

Saya hanya ada kad dan seorang wanita telah memberinya wang. Malangnya, dia membuang sebegitu sahaja.

Kesal dengan apa yang berlaku, Preity Zinta berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Preity G Zinta (@realpz)

Sumber: Preity Zinta

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×