berita

Dua Kepala Dipercayai Mangsa Bunuh Kerat 8 Ditemui, Polis Jamin Siasat Rapi

October 12th, 2019 | by faris
Kini Trending

Media sosial gempar apabila viral penemuan bahagian mayat mangsa dua beranak dipercayai dipotong kepada 8 bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong, Melaka pada Khamis. Apa yang lebih mengejutkan, hanya bahagian badan dipercayai dua orang dijumpai tanpa kepala.

Dua kepala ditemui

Dua kepala dipercayai milik anak dan ibu yang dilaporkan dibunuh setelah penemuan lapan bahagian anggota badan manusia pada Khamis. Walaubagaimanapun, pihak polis belum mengesahkan perkara terbabit termasuk lokasi penemuan.

Lapor Astro Awani, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, setakat ini polis tidak menolak kemungkinan anggota-anggota badan yang ditemui berkenaan milik seorang wanita dan anak lelakinya.

Identiti individu berkenaan kita perlu mendapatkan pengesahan terutamanya daripada keluarga dan juga keputusan bedah siasat.

Keputusan lanjut dari semasa ke semasa biarlah pihak polis jalankan siasatan rapi untuk memberi keadilan kepada semua pihak kerana apa sahaja kemungkinan ditularkan akan menganggu siasatan kita.

Suspek hantar anak seperti biasa

Dalam pada itu, suspek yang juga suami mangsa, dilaporkan menghantar anaknya ke rumah mertua seperti biasa pada hari Selasa. Kakak mangsa, Norhafizah Bidin berkata, adik iparnya ke rumah ibunya menghantar anak dan kelihatan tenang tanpa menunjukkan reaksi mencurigakan.

Norhafizah juga dalam laporan Harian Metro merayu kepada netizen untuk tidak menyebarkan foto berkaitan kematian adik dan anak saudaranya yang mungkin menganggu siasatan polis.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×