Dua lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki mencabul 10 kanak-kanak bawah umur.

Artikel Berkaitan: Artis Popular Ditahan Polis, Didakwa Cabul Remaja 17 Tahun

Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Menangis, Mengadu Kemaluan Merah & Sakit..Rupanya Dicabul Bapa Tiri Masa Ibu Keluar Kerja

Modus operandi warga emas

Sekadar gambar hiasan

Kedua-dua suspek berusia 65 tahun dan 68 tahun didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah pondok di kawasan kebun milik mereka di Kecamatan Ciampea, Indonesia.

Menurut pihak polis, setakat ini terdapat 10 orang mangsa, namun hanya dua kanak-kanak berusia 10 dan 8 tahun yang membuat laporan.

Salah seorang ibu mangsa, Aida Kusnawati, memaklumkan bahawa jumlah sebenar mangsa dipercayai lebih ramai, tetapi kebanyakan masih takut untuk bersuara.

Yang berani cerita cuma dua orang. Selebihnya hanya diam, mungkin kerana trauma atau takut.

Difahamkan, modus operandi pelaku adalah dengan mencegat mangsa ketika mereka hendak pergi mengaji atau keluar bermain, sebelum mengumpan wang Rp5,000 (RM1.26) untuk dibawa ke lokasi kejadian.

Menurut Kasatreskrim Polres Bogor, AKP Teguh Kumara, perbuatan cabul tersebut berlaku sekitar Julai dan kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa pada 11 Ogos lalu.

Kedua-dua suspek telah disiasat dan ditetapkan sebagai tersangka. Mereka ditangkap selepas polis menerima laporan daripada keluarga mangsa.

Siasatan mendapati, setiap pelaku mencabul seorang mangsa di lokasi yang sama. Kes kini sedang disiasat untuk tindakan lanjut.

Sumber: Wartakota Tribunnews