berita

Dua Mayat Ditemui Dalam Kereta Terhumban Ada Kaitan Kehilangan Anggota Tentera Minggu Lalu

June 8th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Penemuan sebuah kereta di dalam sungai dpercayai telah merungkai misteri kehilangan seorang anggota tentera yang dikatakan telah hilang sejak seminggu yang lalu. Menerusi Berita Harian, mayat seorang lelaki dan seorang wanita yang ditemui maut terperangkap di dalam kereta jenis Proton Saga yang terhumban ke dalam Sungai Lana Bulu, Kodiang, Kedah masih belum dapat dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Anggota tentera hilang sejak seminggu

https://www.facebook.com/bombajitra.kedah.1/videos/pcb.1668569589967503/1668569263300869/?type=3&theater

Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan nombor pendaftaran kenderaan, pemilik merupakan seorang lelaki yang bertugas sebagai anggota tentera telah hilang sejak seminggu yang lalu bersama rakan wanitanya. Proses pengecaman ke atas kedua-dua mangsa agak sukar untuk dilakukan kerana keadaan mayat yang sudah mereput serta bercampur lumpur.

Kereta milik anak angkatnya

Walaupun kereta yang ditemui dalam sungai itu milik anak angkat saya, tetapi saya bimbang ia dipinjam kenalan atau rakannya.

Bagaimanapun jika benar dia pun, kami reda dengan apa yang berlaku.

Menurut bapa angkat mangsa, Fazil Abu, kereta tersebut milik anak angkatnya namun dia khuatir sekiranya kereta itu telah dipinjam rakannya. Namun, jika benar mayat yang ditemui itu milik anak angkatnya, dia hanya mampu redha.

Berserah pada Allah

Polis tak bagi kami masuk sebab bimbang terlalu ramai di kawasan itu selain menyukarkan operasi dilakukan.

Kami berserah kepada Allah dan berdoa supaya mayat lelaki itu bukan anak angkat kami.

Berita mengenai penemuan kereta milik anak angkatnya itu diketahui melalui laman sosial selepas dihubungi salah seorang anaknya. Dia dan isteri bergegas ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti mangsa yang terlibat. Pihak polis turut tidak membenarkan dia masuk kerana bimbang kawasan berkenaan terlalu ramai dan menyukarkan operasi.

Ambil masa 4 jam keluarkan mangsa

Kereta itu ditemui selepas air sungai surut dan berkemungkinan kereta terjatuh sejak kelmarin lagi.

Dua mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Menurut Komander Operasi BBP Jitra, Mohd Bustan Karudin, pihak bomba mengambil masa hampir empat jam sebelum dapat mengeluarkan kedua-dua mangsa. Kereta berkenaan berjaya ditarik keluar dengan bantuan dua trak penunda.

Sumber: Berita Harian, Bomba Jitra Kedah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×