berita

Dua Pelajar ‘Pukul’ Ustaz Hingga Maut, Berang Telefon Bimbit Dirampas

March 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tribun News

Gara-gara dipercayai merampas telefon bimbit, seorang ustaz di Pondok Pesantren Darus As’sadah di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas dipukul oleh dua pelajar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Ikut Peraturan Sekolah Agama, Cikgu Bakar Telefon Bimbit Pelajar

Ustaz meninggal dunia dipukul

Foto: Kompas

Memetik laporan media tempatan, mangsa dikenali sebagai Eko Hadi Prasetya, 43, didakwa dipukul oleh dua pelajar (HR & AA) masing-masing berusia 17 tahun pada jam 5.30 pagi Rabu (23/2/2022) yang lalu.

Ujar Ketua Siasatan Jenayah Polis Sungai Kunjang, Ipda Bambang motif kejadian tersebut berpunca apabila telefon bimbit milik kedua-dua suspek dirampas pada waktu sekolah sehari sebelum mangsa dipukul.

Bercerita lebih lanjut, ketika kejadian mangsa baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh sebelum datang dua pelajar meminta supaya telefon bimbit mereka dikembalikan semula.

Kedua-dua suspek menghampiri mangsa dan meminta telefon bimbit mereka kembali.

Namun mangsa ketika itu dikatakan tidak mahu memulangkan semula telefon bimbit berkenaan berikutan pelajar tersebut dipercayai akan mengulangi kesalahan yang sama.

Mula serang mangsa

Sekadar gambar hiasan

Berang dengan respon yang diberikan, kedua-dua suspek didakwa memukul menggunakan kayu di bahagian kepala sehingga mangsa tidak berdaya untuk melawan. Kedua-dua suspek juga sempat melarikan diri selepas bertindak sedemikian rupa.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital namun selepas beberapa jam dia disahkan meninggal dunia.

Kami telah menahan dua pelajar itu. Kes ini masih dalam siasatan, tetapi motif suspek adalah kerana telefon bimbit dirampas.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×