
Seorang wanita bertindak memotong kemaluan bapa mentuanya menggunakan pisau pemotong kuku selepas mendakwa menjadi mangsa rogol dan gangguan seksual sejak dua tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Mengaku Tidak Bersalah Rog*l Remaja Perempuan Bawah Umur
Artikel Berkaitan: Gadis 13 Tahun Dirog*l 30 Lelaki Dalam Tempoh Lima Hari, Dipaksa Minum Alkohol
Menantu potong kemaluan bapa mentua
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Zakir, 67, mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke Pusat Kesihatan Komuniti (CHC), Uttar Pradesh di India.
Bagaimanapun, dia kemudian dirujuk ke hospital daerah selepas keadaannya dilaporkan kritikal.
Dalam keterangannya kepada polis, wanita yang dikenali sebagai Syeda mendakwa suaminya bekerja sebagai pemandu beca di Haryana dan jarang pulang ke rumah. Sepanjang tempoh itu, dia tinggal bersama dua anak lelakinya serta bapa mentuanya.
Syeda mendakwa bapa mentuanya sering merogol dan mengganggu dirinya setiap kali suaminya tiada di rumah.
Dia juga memaklumkan pernah beberapa kali mengadu kepada penduduk setempat mengenai perkara itu, namun tidak diendahkan.
Seorang penduduk dikenali sebagai Nazra berkata, keluarga itu lebih banyak menyendiri menyebabkan orang ramai tidak mengetahui apa yang berlaku di dalam rumah mereka.
Kes ini masih dalam siasatan pihak polis.
Sumber: OPIndia