berita

Duda Dibelasah Rakan Serumah Sampai Mati Kerana Malas Bekerja

September 1st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang duda yang kerap kali dibelasah rakan serumah sejak sebulan lalu dipercayai kerana malas bekerja, meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah, semalam.

Hidup menumpang

Mangsa, 39 tahun, disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di seluruh bahagian badan akibat dipukul dengan menggunakan kayu.

Selain itu, pemeriksaan perubatan turut menjumpai bengkak di telinga kanan, kesan luka di tangan kanan dan kiri, serta kesan pukul di kedua-duaa belah pahanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 3.40 petang semalam ketika dibawa ke Jabatan Kecemasan HSAH selepas tidak sedarkan diri di rumah kenalannya.

Selepas bercerai dengan isterinya beberapa bulan lalu, mangsa menumpang tinggal bersama seorang anak lelakinya di rumah kenalannya itu.

Manakala dua lagi anak mereka tinggal bersama bekas isterinya di kawasan perumahan sama.

Rakan serumah ahli kongsi gelap

Tambah Zaidy, sebaik menerima laporan kematian mangsa yang disyaki akibat kecederaan parah yang dialaminya, polis kemudian melakukan siasatan ke atas bekas isteri dan jirannya di taman perumahan tersebut.

Siasatan kita kemudiannya mendapati mangsa sejak sebulan lalu sering dipukul oleh teman serumahnya kerana dikatakan enggan bekerja.

Walaupun kejadian itu sering dilihat jirannya, namun, mereka tidak berani menghebohkannya kerana menerima ugutan daripada teman serumah mangsa yang dikenali sebagai seorang ahli kongsi gelap.

Pihak polis berjaya menahan rakan serumah mangsa dan suspek mengaku memukul mangsa menggunakan kayu dan tangan sejak sebulan lalu.

Suspek mendakwa dia bertindak demikian kerana mangsa tidak mahu bekerja selain kerap memukul anaknya sendiri.

Semakan rekod turut mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×