berita

Duduk Kat Malaysia Susah Nak Turun Berat Badan? Mungkin Sebab Makanan Ni Kot..

August 23rd, 2018 | by Nurul
MyResipi

Malaysia memang kaya dengan macam-macam makanan yang sedap, unik dan pelbagai. Kebanyakan orang yang datang Malaysia mesti akan rindu dengan makanan kita.

Siapa yang bekerja, belajar atau bercuti kat overseas tu, baru sehari confirm dah rindu dengan makanan Malaysia! Memang takkan jumpa kat tempat lain.

Lagi satu, ramai orang cakap, kalau duduk kat Malaysia ni, memang susah sikit nak turun berat badan. Kenapa eh? Haa..semuanya sebab makanan-makanan ni lah..

Makanan bergoreng

Selalunya bila kat tempat kerja, kadang-kadang boleh jadi pesta makanan. Bila pagi je ada orang bawak nasi lemak, lepas tu tengahari dah lunch yang berat-berat. Bila dah masuk petang sikit, ada pulak yang rajin pergi beli makanan bergoreng macam pisang goreng, keropok lekor, keledek goreng, cucur udang dan macam-macam lagilah!

Fuh, memang menguji keimanan betul pisang goreng panas-panas. Haa..macam mana lah nak turun berat badan kalau makan tak berhenti. Berminyak pulak tu!

Makanan bersantan

Orang Malaysia ni, kalau makan nasi, tak sah kalau takde lauk yang berkuah dan bersantan. Kalau boleh, gulai atau kari tu lagi pekat lagi bagus. Barulah ummph!

Lepastu pulak, tiap-tiap pagi mesti nak kena ada nasi lemak. Haa..dan tentu-tentu nasi lemak tu bersantan. Bila dah makan makanan berlemak bersantan semua ni, paham-paham jelah. Mata pun mula la layu. Tahun depan jelah diet nampaknya..

Makanan segera/ fast food..

Korang perasan tak, orang Malaysia ni boleh kata makan fast food tiap-tiap hari. Sikit lagi nak jadi macam orang Amerika dah. Siang malam pagi petang kalau boleh makan fast food.

Kononnya nak makanan yang cepat dan on-the-go. Tapi, semua makanan ni penyumbang untuk kenaikan berat badan tau tak!

Mamak..teh tarik 1, mee goreng 1!

Haa..ni lagi satu kesukaan dan tabiat orang Malaysia. Nak-nak orang lelaki. Kalau sehari tak lepak mamak, memang tak sah.

Bila dah lepak tu, takkan lepak saja kan. Mestilah sekurang-kurangnya kena order teh tarik dan mee goreng. Paham-paham jelah teh tarik kat kedai mamak, kalau tak manis melampau memang tak sah!

Dah lah minum manis, lepas tu makan makanan berminyak time lewat malam pulak. Hmm..harapan jelah nak turun berat tu.

Makanan ringan / jajan..

Siapa kat sini kerjanya nak mengunyah je? Admin pun sama. Kalau tengah buat kerja kat office, tengok tv, tengok wayang ataupun drive kereta, tak sah kalau tak mengunyah.

Mengunyah pulak jajan-jajan macam popcorn, keropok, kerepek dan macam-macam lagi lah! Mulut asyik kata nak turunkan berat badan, tapi dalam masa yang sama, non-stop mengunyah. Macam mana tu?

Ni satu lagi makanan yang dah jadi kegemaran orang Malaysia sejak dulu..

Chocolate..siapa je tak suka kan? Dari budak kecik sampailah ke orang dewasa, semua suka chocolate. Pilihan orang Malaysia pulak dah tentulah Cadbury. Sedap dan semestinya halal!

Bila ingat balik, masa kecik dulu kalau ikut mak pergi kedai, tak sah kalau tak mintak mak belikan coklat Cadbury. Bila tolong mak buat kerja rumah, dapat pulak upah Cadbury. Kalau sedih atau stress sebab putus cinta pulak, mesti cari Cadbury. Boleh kata dah sebati dengan diri kita Cadbury ni.

Haa..ni kami nak bagitahu, Cadbury dah lancarkan perisa baru yang sangat unik tau iaitu Kopi C!

Orang Malaysia kan suka minum kopi, jadi Cadbury cuba nak bawakan perisa yang menggambarkan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan perisa Kopi C ni yang hanya akan dijual di Malaysia!

Admin dah try, rasanya sama macam kopi O. Best!

Bungkusan Cadbury Edisi Terhad Karya Datuk Lat ni memang comel sangat!

Yang lagi best, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 ni, Cadbury akan menampilkan karya Datuk Lat di bungkusan edisi terhad tersebut.

Lukisannya adalah berdasarkan perayaan Hari Kemerdekaan yang disambut di kampung masa zaman kanak-kanak dulu. Memang boleh menggamit memori. Comel kan?

Korang boleh dapatkan Cadbury Edisi Terhad ni di sini!

Jadi, apa korang tunggu lagi, jomlah rasa Cadbury Kopi C dan dapatkan bungkusan edisi terhad karya Datuk Lat ni!

Cadbury dibuat di Malaysia, untuk rakyat Malaysia!

SKIP THIS AD ×