berita

‘Dugaan Datang Tak Putus-Putus’ – Suami Ditahan Isu Imigran Haram, Nadya Syahera Buka Mulut

August 29th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, penahanan suami pelakon Nadya Syahera mencetuskan tanda tanya ramai orang. Rata-rata terkejut melihat tangan usahawan muda tersebut digari polis. Menerusi laporan mStar Online, suami pelakon tersebut telah didakwa di imigresen atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis.

Nadya Syahera menganggap ini semua dugaan dan ujian buat mereka. Tragedi ini akan dijadikan iktibar buat mereka lebih berhati-hati menguruskan perniagaan.

Dia dah bekerja keras

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib pasangan ini di mana premis makanan mereka yang baru saja mengalami kerugian akibat kebakaran, Julai lalu. Kali ini, Fizul Nawi pula ditahan pihak berkuasa atas dakwaan membenarkan imigran tinggal di premis secara haram.

Menurut laporan, usahawan muda ini memerlukan wang sebanyak RM30,000 bagi membayar denda atas tuduhan tersebut. Nadya Syahera berkata duit simpanan mereka terpaksa digunakan bagi memperbaiki kedai akibat kebakaran.

Dugaan memang datang tak puas-puas sekarang ini. Berkenaan dengan kes imigran ini memang saya tahu suami perlukan duit untuk membayar denda.

Dia pun dah bekerja keras cari duit dan bila dah cukup tiba-tiba pula kedai terbakar. Jadi terpaksa gunakan duit kumpul bagi baiki kedai.

Dapat pula surat kena dakwa

Fizul Nawi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan tersebut dan didakwa membenarkan 7 imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis di Shah Alam.

Sementara itu, Nadya Syahera mengambil perkara ini sebagai iktibar dan pengajaran buat mereka berdua.

Kalau tak berniaga nanti, dari mana nak dapat income. Selepas kedai dah selesai, dapat pula surat kena dakwa di mahkamah. Apapun kami belajar dari kesilapan ini dan tidak akan mengulangi perkara yang sama.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×