Pelakon Risteena tampil bersuara ekoran isu adiknya, Ruhainies yang didakwa memiliki ‘Sugar Daddy’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Dedah Dibayar Cecah RM1,000 Teman ‘Sugar Daddy’ Main Golf – ‘Bayaran Ikut Pada Perkhidmatan..Kalau Suami Orang, Saya Tak Ambil’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Ada Duit Sendiri, Tidak Perlu Sugar Daddy’

Lantik peguam

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas dilihat menghubungi peguam atas dakwaan yang menimpa adiknya, Ruhainies.

Kata Risteena, pada mulanya dia enggan campur tangan namun, menerima tawaran untuk mencari individu yang menyebarkan fitnah tersebut.

Pada awalnya saya memang tak mahu campur kes ini. Tapi saya dapat tawaran untuk cari orang itu. Tak lama lagi boleh berjumpa dengan dia dah.

Saya hanya bantu apa yang boleh saja. Saya sebenarnya teringin nak jumpa dia tapi terpulanglah kalau Ruhainies pilih dia (si pelaku) untuk berjumpa.

Kadang teringin nak jumpa orang macam ini untuk sembang saja macam mana dia ada masa untuk meninggalkan komen sebegitu.

Ruhainies kerja keras

Berkongsi lebih lanjut, aktres drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ itu menyifatkan Ruhainies seorang wanita yang bekerja keras.

Kami yang berkeluarga ini tahu dia kerja keras macam mana. Duit dia memang banyak.

Tak payah sugar daddy bela dia.

Sebelum ini rasanya kita memang dah tak layan. Cuma kali ini kita buat sekali, percayalah nanti tiada lagi komen yang bukan-bukan.

Kalau kita biarkan, kita akan terus dibuli.

Dalam pada itu, Risteena berpendapat isu ini perlu diambil tindakan serius agar tidak mencetuskan salah faham pada mana-mana pihak.

Sumber: Instagram @nur_risteena