Slogan polis dan masyarakat berpisah tiada, acap kali kita dengar menggambarkan kesiapsiagaan pihak polis dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Seperti status yang dimuat naik oleh Polis Daerah Petaling Jaya, di Facebook, berkongsi beberapa keping foto melawat seorang peniaga burger yang telah menjadi mangsa kecurian.
Mangsa kecurian
Foto: Polis Daerah Petaling Jaya
“One Good Deed A Day..”
PETALING JAYA, 29 Disember 2020 (Selasa) – YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal meluangkan masa mengunjungi Adik Muhammad Nor Faizal bin Nordin yang menjadi mangsa kecurian di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara Petaling Jaya. Adik Muhammad Nor Faizal yang berumur 14 tahun, berkerja sambilan menjual burger sewaktu cuti sekolah, telah menjadi mangsa kecurian. Kejadian berlaku pada pukul 1 pagi, ketika adik Faisal meninggalkan gerainya untuk ke tandas.
Menerusi perkongsian tersebut menceritakan, mangsa yang berusia 14 tahun telah menjadi mangsa kecurian ketika sedang bekerja menjual burger. Ketika kejadian, Faisal (mangsa) meninggalkan kedainya seketika, untuk pergi ke tandas namun, individu yang tidak bertanggungjawab bertindak mencuri barang peribadinya.
Paling menakjubkan, walaupun masih bersekolah, mangsa tetap rajin melakukan pekerjaan sampingan bagi meraih duit tambahan.
Dapat telefon baru
Foto: Polis Daerah Petaling Jaya
Antara barang yang dicuri adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan. Atas dasar prihatin, IPD Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit bagi memberi semangat kepada remaja yang berumur 14 tahun ini agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan.
“It takes so little to do just that, and yet few people utilize this world-changing ability. Just one good deed a day”
Difahamkan, suspek bertindak mencuri beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualannya. Prihatin dengan apa yang telah terjadi, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, tampil untuk melawat mangsa dan menghadiahkan sebuah telefon baharu buatnya.
Perkongsian tersebut telah dikongsi lebih 579 kali, dan meraih ratusan komen yang memuji tindakan pihak polis yang membantu mangsa. Terbaiklah!
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya