
Pempengaruh media sosial, Iman Kamil mengakui wang bukanlah penyelesaian kepada segala masalah, khususnya ujian hidup yang sedang dihadapinya ketika ini.
Artikel Berkaitan: Iddin Ramli Ulas Isu Iman Kamil Bertatu – ‘Ujian Datang Untuk Lihat Siapa Yang Pura-Pura Beriman’
Duit bukan segalanya

Menerusi satu sesi siaran langsung, Iman secara terbuka berkongsi bahawa dia sama sekali tidak diuji dengan masalah kewangan, namun diduga dengan sesuatu yang lebih berat.
Duit bukan segalanya, ada orang diuji dengan duit dan ada orang diuji dengan perkara lain. Macam aku, aku tiada masalah duit buat masa sekarang tetapi diuji dengan masalah lain.
Pada aku, duit boleh dicari. Tapi untuk masalah aku seperti tiada solusinya. Malah duit tidak mampu beli solusi kepada masalah aku.
Dalam pada itu, Iman turut memaklumkan bahawa dia terbuka menerima segala teguran dan pandangan daripada orang ramai, walaupun sedar tidak semua akan memahami situasi yang dilaluinya.
Buat aku cerita masalah dekat kalian, bukan orang kisah pun. Cuma ingin beritahu, aku baik-baik sahaja.
Aku juga okay menerima setiap pandangan kalian, okay jika kalian mahu marah aku.
Terdahulu, Iman mengundang perhatian ramai apabila membuat pendedahan dirinya pernah mencacah tatu pada badan sebagai cara melepaskan tekanan akibat kemurungan yang dialami.
Sumber: Threads








