
Jasa dan pengorbanan pekerja barisan hadapan di saat penularan wabak COVID-19 seharusnya dipandang tinggi. Mereka bukan sahaja berkorban masa bersama keluarga, malah merisikokan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain.
Jadi, adalah kurang sopan jika ada yang mengatakan golongan ini dengan sengaja meraih simpati apabila meluahkan kebimbangan di media sosial.
Menyampah
Dakwa wanita ini, pekerja hospital sengaja berkongsi cerita sedih bertujuan untuk meraih simpati orang ramai. Katanya lagi, pekerja hospital yang bertugas dibayar gaji di atas pengorbanan yang dibuat.
‘Risiko hidup & mati, tak hadap gaji’
Mohon maaf
Wanita ini walau bagaimanapun memohon maaf di atas ketelanjuran yang dibuat. Dia juga mengakui tidak berfikir dengan bijak sebelum menulis status di laman sosial.
Sumber : Adila Zulkafli