berita

Dulu Meriah, Kini Bali Jadi Sunyi Sepi Selepas Pelancong China Sah Positif Covid-19?

February 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pulau Bali, Indonesia merupakan sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di rantau Asia. Dari sebuah destinasi yang menjadi tumpuan pelancong kini bertukar lengang dari kunjungan ramai. Penularan Covid-19 telah menyebabkan Bali bertukar menjadi ‘bandar hantu’ tanpa pelancong.

Koronavirus bunuh ekonomi Bali

Kredit foto Mail Online

Kerajaan Indonesia Republik telah menggantungkan beberapa penerbangan pergi dan balik melibatkan ke negara China sejak Rabu melibatkan 5,000 rakyat China masih terperangkap di pulau itu. Memetik laporan Mail Online, pelancong dari Australia berasa bimbang dan khuatir terhadap beberapa perniagaan yang bakal ditutup sekiranya keadaan tidak pulih.

Keadaan di Bali sangat menyedihkan. Koronavirus telah menyebabkan ekonomi di Bali menjadi teruk. Kami menginap di Anvaya di Kuta di mana penghuninya 50 peratus dan staf telah diberhentikan sementara. Pelancong juga sudah tidak datang ke sini sejak penularan virus itu. Ketakutan ini berulang lagi. Saya juga tidak pasti sehingga bila rakyat China akan berada disini (Bali).

Hand sanitizer habis

Kredit foto Mail Online

Rakyat Australia itu menyifatkan koronavirus telah memberi kesan kepada ekonomi Bali. Dia yang menginap di hotel Anvaya berkata penghuni di sana lebih 50 orang manakala kakitangan telah diberhentikan. Staf di hotel juga diberhentikan sementara demi untuk menanggung kos operasi.

Malah, hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman turut sukar untuk didapati di Bali dek kerana ramai penduduk dan pelancong berpusu-pusu bagi mendapatkan produk berkenaan. Rakyat China menjadi salah satu penyumbang ekonomi terbesar di Bali dan Indonesia menjadi negara kedua yang popular dengan kemasukan pelancong.

Jumalh kematian di China meningkat kepada 1,355 kes dan jumlah jangkitan di seluruh negara itu pula dilaporkan mencecah 60,000 kes.

Tiba menaiki pesawat dari Wuhan

Menurut The Jakarta Post, pihak berkuasa Anhui, China melaporkan seorang warganya dikesan positif COVID-19 selepas melawat pulau peranginan popular Bali, tempoh hari. Pesakit itu menaiki pesawat Lion Air dari Wuhan ke Bali pada 22 Januari 2020 dan menginap di pulau berkenaan selama seminggu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Anhui menggesa semua penumpang pesawatberkenaan untuk melaksanakan langkah pencegahan serta-merta dan akan mendapatkan pengesahan terhadap perkara ini.

Dipohon jangan keluar rumah untuk seketika dan jika anda mengalami demam, sila ke hospital berdekatan. Sila pakai penutup muka semasa perjalanan ke pusat kesihatan dan jangan gunakan pengangkutan awam.

Sumber: Mail Online

SKIP THIS AD ×