
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Madammu berkongsi kisah pengorbanan dan sokongan suaminya, TP, yang menjadi tulang belakang dalam perjalanan hidup serta kejayaannya hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Ayah Tinggalkan Saya Masa Usia 2 Tahun’ – Madammu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Cepat Menilai Anak Orang Sebab Perkara Ini Sensitif Untuk Seorang Ibu’ – Madammu
RM5k nafkah, RM4k bayaran kereta
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri mendedahkan bahawa selepas mereka berkahwin, TP sanggup bekerja keras demi menyara dirinya yang ketika itu masih dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda.
Dia bekerja kuat nak sara isteri yang sambung belajar, kena bayar kereta saya, buat spa dan sebagainya.
Kasihan dia banyak kena belanjakan duit untuk saya. Suami saya sanggup kerja kuat untuk memenuhi cita rasa isteri dia.
Menurut Madammu, suaminya ketika itu memberikan nafkah sebanyak RM5,000 sebulan dan turut menanggung bayaran kereta yang mencecah RM4,000 setiap bulan.
Dia beri saya duit belanja RM5,000 sebulan dan dia bayarkan kereta saya RM4,000 sebulan.
Masa awal kahwin dulu, kami duduk rumah sewa sebab kami ramai. TP ada rumah sendiri tapi kecil. Kami duduk rumah sewa tu setahun.
Madammu turut berkongsi pengalaman ketika pada awal perkahwinan mereka berdepan dugaan dalam perniagaan. Namun, selepas itu, dia memulakan jenama kecantikannya sendiri, Noir, yang kini mencipta kejayaan besar.
Sampai setahun, kami ada dugaan bisnes dia sikit, Kemudian baru saya buat bisnes Noir, Alhamdulillah hasilnya kami kaya raya dengan Noir. TP lah yang banyak tolong, dia ‘enjin’ di belakang Noir.
Sebelum ni TP bukan susah, dia orang yang senang juga dulu tapi tidaklah senang seperti saya sekarang.
Saya bukan nak perkecilkan dia, cuma kita ni jangan memandang suami kita tak ada duit. Kita tak tahu rezeki akan datang macam mana.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga pada 2015 yang juga seorang duda anak tiga iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Sumber: TikTok