berita

Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves Filem Fantasi 2023 Paling ‘Funny’!

March 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tahun 2023 merupakan tahun di mana akan banyak filem filem menarik, dan antaranya ialah filem fantasi yang bertajuk Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves! Untuk pengetahuan anda, Dungeons & Dragons (D&D) merupakan permainan popular kanak-kanak zaman 90-an di Amerika Syarikat.

Sejak dari itu, permainan D&D ini diterjemahkan dari permainan papan, hingga lah ke buku, figura dan seterusnya ke filem. Nak tahu pendapat kami mengenai filem ni? Nak tahu, kena baca review kami ni!

Penuh dengan elemen ‘wow’!

Sebelum kami bercerita lebih lanjut, berikut merupakan karakter penting dalam Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves: Edgin Darvis (Chris Pine), Holga Kilgore (Michelle Rodriguez), Simon (Justice Smith), Doric (Sophia Lilis), Sofina (Daisy Head) dan Forge Fitzwilliam (Hugh Grant).

Untuk permulaan, ia menceritakan mengenai sejarah hidup Edgin Darvis, di mana dia menjadi sebahagian dari grup Harpers. Sehingga lah pada satu hari apabila dia Darvis balik dari kerja, dia mendapati isterinya telah dibunuh oleh grup bernama Red Wizard.

Sejak dari itu, Darvis hilang arah dan pada masa yang sama, dia ingin membesarkan anak perempuannya, Kira yang masih kecil. Seterusnya, disebabkan ingin hidup senang dengan cepat, Edgin telah membuat satu grup rompakan bersama Kolga, Simon dan Forge.

Mereka berjaya dalam beberapa rompakan pertama. Sehingga lah pada satu hari Edgin dan Holga telah termasuk dalam perangkap yang telah dilakukan oleh ahli kumpulan Red Wizard, iaitu Sofina. Sebelum terperangkap, Edgin sempat berpesan kepada Forge, meminta dia agar dapat menjaga anak perempuannya, Kira.

Selepas itu, Edgin dan Holga telah dihantar ke penjara selama 2 tahun. Sejak dari itu, mereka berazam agar mereka dapat lari dari penjara itu dan seterusnya meneruskan misi untuk Edgin berjumpa semula dengan anaknya. Bukan itu sahaja, Edgin dan Holga juga ingin menewaskan kuasa jahat kumpulan Red Wizard.

Adakah mereka berjaya? Mampukah manusia biasa seperti Edgin mampu untuk melawan kuasa magik Red Wizard? Kalau korang nak tahu ending filem ni, korang kena ramai-ramai ke pawagam pada 30 Mac ini untuk explore sendiri filem fantasi Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves! Have fun watching!

SKIP THIS AD ×