berita

Dynas Tangguhkan Perceraian Kerana Tak Mahu Kontrak Ditarik Balik?

August 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Dynas-Mokhtar-2

Dah lama sebenarnya isu pergolakan rumahtangga Dynas Mokhtar dengan pasangannya diperkatakan umum tapi ibu kepada dua anak ini tak pernah sekalipun mengiyakan perkara tersebut.

Walaupun pernah menafikan sudah bercerai, tapi masyarakat luar masih lagi berteka-teki. Ada yang mengatakan pasangan itu dah tak tinggal sebumbung, dan ada juga yang kata mereka masih hidup bersama.

Tapi semalam, akhbar Metro Ahad pula melaporkan berita terbaru yang diperoleh daripada sumbernya dengan mengatakan selebriti ini terpaksa menangguhkan perceraiannya kerana terikat dengan kontrak sebagai duta produk kelengkapan peribadi.

dynas-5Dynas lebih banyak berkongsi gambar dengan anak-anak berbanding suaminya

Syarikat pengeluar produk kelengkapan peribadi itu memilih Dynas sebagai wajah baru mereka kerana dia berstatus isteri dan ibu. Oleh itu, sangat penting untuk dia kekal menampilkan imej dan gaya hidup keluarga bahagia.

Disebabkan perkara itu, Dynas dan suaminya sepakat menyelesaikan masalah antara mereka apabila kontrak itu tamat. Demi mengelak kontrak itu ditarik balik, terpaksalah mereka merahsiakan apa juga yang berlaku daripada pengetahuan umum. Malah, Dynas dan suaminya sepakat menyelesaikan masalah antara mereka apabila kontrak tamat kelak. – Petikan akhbar

Hmm kalau ikut logik, masuk akal juga apa yang disampaikan ni. Patutlah Dynas kunci mulut ketat-ketat bila diajukan soalan tentang hal rumahtangganya. Tapi selagi tuan punya badan belum sahkan sendiri perkara ni, anggap sahaja ini sebagai khabar angin.

Kredit foto: Instagram Dynas Mokhtar

SKIP THIS AD ×