
Pelakon senior Edika Yusof, menyambut Hari Bapa bersama bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri serta anak-anak baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Pakar Menjaga Bekas Isteri Adalah Saya, Ada Doktor-Doktor Panggil Untuk Kongsi Pengalaman & Tips’ – Edika Yusof
Artikel Berkaitan: Edika Yusof Tak Tolak Takdir Kembali Rujuk, Bekas Isteri Salah Faham Tentang Talak
Rai Hari Bapa
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Edika atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid dilihat sedang berada di sebuah restoran bersama bekas isteri dan anak-anak mereka.
Pada ruangan kapsyen, aktor berusia 58 tahun tersebut berkongsi ucapan terima kasih kepada keluarga kerana meraikannya pada hari istimewa itu.
Mana-mana lelaki boleh menjadi bapa, tetapi memerlukan seseorang yang istimewa untuk menjadi seorang ayah.
‘Seorang bapa diibaratkan seperti bintang, mungkin kita tidak selalu melihat mereka namun kita tahu dia sentiasa ada.’
Buat keluarga saya tercinta, terima kasih untuk sambutan ini.
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Edika turut berkongsi foto bersama Hidayah dan memaparkan keakraban mereka.
Jika dia sering tersenyum kepada kamu, mungkin itulah petanda bahawa dia selesa dan suka berada di sekililing kamu.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji perhubungan baik yang ditonjolkan oleh Edika dan Hidayah meskipun memilih jalan perpisahan, malah ada juga yang mendoakan mereka kembali bersama.
Pada 5 Mei lalu, Edika melafazkan cerai talak satu terhadap isteri di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.
Untuk info, Hidayah memfailkan perceraian terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu.
Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber: IG Edika Yusof








