berita

Edisi Khas Hari Ibu, Ziana Zain Hiasi Muka Depan NONA

April 5th, 2013 | by Ai
Kini Trending

 

150778_10151425641499724_1489071312_nSempena Hari Ibu yang bakal tiba pada bulan Mei ini, pihak majalah Nona bakal menampilkan’Hot Mama’ iaitu Ziana Zain sebagai penghias muka depan majalah mereka.

Menerusi Foto yang dipaparkan, Ziana Zain kelihatan begitu anggun menggayakan busana gaun labuh rona unggu dan diselitkan dengan sedikit aksesori penyeri seperti anting-anting, cincin serta gelang tangan.

Meskipun busana yang digayakan oleh Ziana kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya sedikit taburan perincian berunsurkan manik-manik dibahagian bahu serta potongan gaun yang sedikit berombak di bahagian kaki, ia mampu menaikkan lagi aura pesona buat ‘Hot Mama’ ini.

Untuk edisi bulan Mei kali ini pelbagai isu-isu menarik bakal dikupas oleh majalah Nona, antaranya adalah ketahui rahsia kecantikan yang diamalkan oleh Ziana Zain, ikuti laporan khas bayi tabung uji dan ‘baby hatch,’ ketahui apakah punca wanita enggan menyusukan bayi serta pelajari bagaimana untuk mendapatkan fesyen vogue dan chic khusus untuk para ibu di luar sana.

Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan majalah Nona edisi bulan Mei ini di pasaran akan datang.

SKIP THIS AD ×