Semalam, kecoh di media sosial mengenai tindakan seorang individu yang memuat naik wajah anak kepada pasangan selebriti Noor Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Tersinggung, Netizen Tak Hormat Sebagai Ibu – ‘Kenapa Nak Jadi Yang Pertama Sebar Gambar?’
‘Edit muka anak saya…’
Menurut individu terbabit, dia telah terjumpa pasangan tersebut di sebuah kaunter kerajaan dan ketika itu, Bilal sedang didukung oleh Neelofa sementara si suami, Haris berada di samping usahawan terkenal itu.
Susulan daripada itu, Neelofa menyifatkan tindakan individu terbabit sangat tidak bertanggungjawab selain tidak menghormati perasaannya dan Haris sebagai ibu bapa.
Saya dah rancang dengan suami bila waktu yang sesuai. Kenapa anda nak juga jadi yang pertama sebarkan?
Terbaharu, Neelofa menerusi satu hantaran di InstaStory mendakwa individu terbabit telah menyunting foto Bilal sebelum disebarkan di media sosial. Tambah Neelofa lagi, akibat tindakan individu terbabit, pelbagai fitnah dan komen negatif telah dilemparkan kepada anak lelakinya itu.
Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu. Dan macam-macam komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar.
Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara. Mengubah/edit rupa paras anak kecil semata mata nak puaskan kehendak hati. Benda ni dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tak baik. Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa.
Terdahulu, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang pertama pada 29 Januari 2022.
Sumber: Noor Neelofa