berita

“Eee Malulah Foundation Patchy!” – 7 Sebab Kenapa Foundation Nampak Patchy

July 9th, 2019 | by Azyan
Kini Trendy

“Kenapa ya bila i makeup je mesti nampak patchy? Penatlah makeup lama-lama tapi end result dia patchy.”

Okay mesti ada sesetengah dari korang ada masalah ni kan? Malu lah kan nak keluar kalau makeup patchy je, nanti orang kutuk pula. Tapi tak apa, benda dia senang je sebenarnya.

So hari ni Sis nak share pula kenapa foundation korang nampak patchy. Kalau korang ikut tips ni gerenti lepasni makeup korang flawless lah! Baru confident nak keluar!

1. Korang Tak Pakai Primer

Sebenarnya ni masalah common je. Mesti ramai yang jenis tak pakai primer kan? Lepas pakai sunscreen terus pakai foundation. Sebenarnya salah, korang kena pakai primer, barulah makeup korang tak nampak patchy & tahan lama. Tak percaya? Cuba try pakai primer & korang tengok sendiri, foundation korang tahan tak sehari & nampak patchy tak.

Sebenarnya primer untuk oily skin ni bertindak sebagai barrier antara kulit & makeup, barulah foundation tak lari. Untuk dry skin pula, dia akan elakkan dari kulit korang buat foundation nampak tak sekata.

2. Korang Salah Pilih Shade Foundation

Ramai juga yang selalu berdepan dengan masalah ni. Korang kebiasaanya akan terbeli foundation terlebih cerah. Jangan percaya cahaya dekat Guardian, Sephora dengan Watsons tu. Dia kena try dekat natural light, barulah nampak sesuai ke tak. Korang try foundation dekat atas pipi sampailah jawline, barulah sesuai dengan kulit korang.

3. Tak Prep Muka Dengan Betul Sebelum Makeup

Sebelum makeup, korang kena prep muka betul-betul dulu. Untuk yang ada dry skin, ni wajib sebab kalau korang tak prep muka, nanti foundation korang memang gerenti nampak patchy. Bila korang dah pakai toner, serum, moisturizer & sunscreen tu korang tunggu dalam seminit sebelum korang apply primer & foundation. Biar semua serap dalam kulit dulu.

4. Salah Pilih Tools Untuk Apply Foundation

Ni penting juga sebenarnya. Korang kena tahu tools apa yang works best dengan jenis foundation yang korang pakai. Lepas korang dah apply foundation, korang patut tekan muka dengan lembut guna jari korang. Kalau korang buat macam ni, makeup korang akan cair ikut kulit korang & nampak lagi natural.

5. Selalu Exfoliate Kulit Tak?

Exfoliate kulit ni penting sebenarnya sebab kalau korang tak exfoliate, foundation korang akan stay atas kulit kering & ini yang akan menyebabkan foundation korang nampak patchy. Korang kenalah rajin scrub muka, dalam 2-3 kali seminggu, barulah muka licin, foundation tu pun flawless!

6. Korang Apply Foundation Banyak Sangat!

Ni memang no-no! Korang sepatutnya apply foundation dekat tempat yang perlu sahaja, bukannya satu muka. Focus dekat tempat yang ada pigmentation, redness ataupun blemishes. Tu function foundation kan? Nak tutup cela so muka kita nampak flawless kan? Blend betul betul foundation, barulah dia serap dalam kulit.

Ada sesetengah dari korang pakai foundation terlampau banyak & ni punca dia nampak patchy. Kurangkan sikit penggunaan foundation tu & korang akan nampak dia akan lagi blend dekat kulit.

7. Tak Lock Makeup!

Haa ni masalah juga. Rugilah makeup korang tu kalau korang tak lock dia. Kita kena lock makeup kalau nak dia tahan lama, barulah tak patchy nanti. Belilah setting spray yang sesuai dengan skin type korang, percayalah makeup korang akan tahan lama & tak akan patchy.

So sekarang korang semua dah tau kan punca foundation korang nampak patchy? Lepas ni jangan buat dah, barulah foundation tu nampak cantik je!

Korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.

 

 

SKIP THIS AD ×