berita

“Eee..Taknak Makan Sayur!” Anak Korang Macam Ni Ke? Jom Campur, Campur, Siap!

September 14th, 2018 | by Bieha
Kini Trending

Ada ahli keluarga korang yang tak suka makan sayur? Selalunya budak-budak la kan, tapi orang dewasa pun ada je yang cukup anti dengan sayur ni. Nampak je sayur terus taknak makan.

Kita yang mak-mak ni pening fikirkan cara dan menu nak masak untuk bagi diorang ni makan sayur. Haa..ibu-ibu semua, meh kami bocorkan satu rahsia yang boleh membuatkan masakan sayur korang lebih menarik dan lazat! Campur, Campur, Siap!

Campur, Campur, Siap!, rahsia masakan sayur lebih sedap!

Apa dia Campur, Campur, Siap! ni? Haa.. kami nak memperkenalkan kat korang cara baru yang lebih kreatif untuk memasak sayur serta menjadikan masakan korang lebih sedap dan menarik dengan menggunakan AJI-NO-MOTO®!

Yang paling penting, mudah dan cepat. Memang sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk tu. Meh kami kongsikan resepi Campur, Campur, Siap! daripada AJI-NO-MOTO® iaitu Sayur Labu Campur. Check it out!

Mudah je kan? Resepi Sayur Labu Campur yang mengandungi labu, kobis bunga dan brokoli ni sangat berkhasiat untuk anak-anak dan seisi keluarga!

Korang tahu tak, labu ni mempunyai serat untuk menjaga kestabilan sistem penghadaman dan juga Beta Karotena untuk meningkatkan tahap imunisasi badan. Manakala, kobis bunga pula boleh membantu meningkatkan kesihatan usus dan terdapat Vitamin C yang mampu memperkuat sistem ketahanan tubuh.

Haa..bukan itu je, brokoli pula mengandungi Kalsium dan Vitamin K yang bagus untuk menjaga kesihatan tulang serta mencegah osteoporosis. Lepas tu pulak, dalam brokoli pun ada asid lemak Omega 3 yang boleh mengurangkan reaksi alergi dan keradangan.

Yang penting, dengan AJI-NO-MOTO® masakan korang akan jadi lebih lazat dan menarik.

Jadi, ibu-ibu kat luar sana tu, bolehlah cuba resepi ni. Mesti anak korang suka sebab masakan ni lengkap dengan pelbagai nutrien untuk membantu kita sekeluarga kekal sihat. Ingat, untuk memupuk amalan pemakanan yang baik kepada anak, kita perlu bermula dari awal tau.

CAMPUR sayuran yang disukai, CAMPUR sumber protein yang diperlukan, dan SIAP begitu saja!