berita

“Eh! Biar Betul Makan Timun Boleh Cegah Kanser” – 5 Rahsia Timun Untuk Kulit & Kesihatan

April 2nd, 2019 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Biasanya timun ni kita buat ulam je makan dengan nasi lemak takpun nasi kosong. Tapi, korang tau tak sebenarnya timun ni banyak khasiat dan kebaikan dia pada kulit kita!

Salah satu kebaikan timun ni boleh mencegah kanser. Kanser apa? Korang kena baca artikel ni sampai habis kalau nak tahu. Jadi, sambil makan timun, sis Katy nak share dengan korang 5 kebaikan timun.

1. Menyegarkan mata yang letih

Korang pernah tak hiris timun lepastu letak kat mata konon nak hilangkan eyebag? Orang selalu claim tak hilang pun eyebag bila letak timun. Sayang sis Katy semua, timun tu memang bukan untuk hilangkan eyebag. Dia cuma nak bagi surut sikit bengkak mata korang tu.

Katakanlah korang tidur lambat sangat semalam, esok pagi mata mesti bengkak kan? Nak bukak mata pun rasa pedih. Jadi apa korang kena buat? Tempek je timun sejuk tu dekat mata selama 10 minit. Fresh lah mata korang nanti. Itu fungsi timun yang betul!

2. Hidrasikan badan kita

Nak tahu tak timun sebenarnya mengandungi 95% air. Banyak kan? Sekarang baru rasa logik kenapa orang potong timun letak dalam air kosong? Selama ni ingatkan untuk detox je.  Tapi ia jugak dapat bantu badan korang untuk kekal hydrate.

Dalam masa sama kulit tak kering dan sentiasa toink toink anjal, in shaa Allah.

3. Dapat membantu untuk kurus

Betul girls! Memang boleh kurus! Tapi jangan pulak lepas baca artikel ni korang taknak makan nasi, asyik nak makan timun je sebab nak kurus punya pasal.

Seeloknya tukar snek korang kepada timun dan tomato. Itulah yang sis Katy buat dulu waktu nak diet. Sebabnya, timun ni rendah kalori dan mengandungi serat. Jadi, pada masa yang sama korang detox jugak. Hebatkan timun?

4. Dapat hilangkan masalah mulut berbau

Ha, ni mesti ramai tak tau kan? Biasanya bila mulut kita berbau mesti makan gula-gula getah kan? Kalau nak amalkan kehidupan yang sihat amalkan makan timun pulak lepasni bila mulut berbau.

Caranya korang letak hirisan timun di lelangit dan tolak timun tu menggunakan lidah selama 30 saat hingga ke 1 minit. In shaa Allah lepas dari tu mulut korang tak berbau dah. Nak borak dengan crush pun confident! Gituuu.

5. Dapat mencegah kanser

Timun ni sebenarnya kaya dengan antioksidan tau guys! Semua sayur atau buah yang kaya antioksidan boleh bantu kita mencegah kanser. Sis tak cakap dia boleh melawan kanser, tapi kita hanya boleh usaha untuk mencegah dari berlaku.

Salah satu kanser yang timun boleh cegah adalah kanser kulit. So, rajinkanlah diri tu makan timun. Nak senang jadikan je sebagai snek, sambil tu boleh juga dapat kulit cantik dan kesihatan kita terjaga. 2 dalam 1 gituuuu!

Sampai kat sini sajalah sharing sis Katy. Jangan sangkakan ulam tu takde fungsi tau. Kalau nak tau ramai yang sihat dan kulit cantik tu sebab rajin makan ulam lah. Kalau tak suka pun paling tidak amalkanlah memakan timun. Harap sharing kali ni membantu.

Akhir sekali, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.