berita

Eh! Lisa Surihani Bertukar Wajah?

September 25th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Lisa Surihani

Sebelum ini para peminat sering melihat pelakon kesayangan ramai, Lisa Surihani tampil comel dan ayu dengan berambut panjang. Namun begitu, untuk edisi Oktober 2013, majalah Eh! telah menampilkan sedikit kelainan, di mana pada kali ini aktres tersebut akan tampil dengan gaya rambut pendek dan penampilan itu membuatkan wajahnya kelihatan sedikit matang dan berusia.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh pelakon filem Istanbul Aku Datang itu, ramai peminat melahirkan rasa hairan apabila melihat wajah Lisa kelihatan jauh berbeza daripada wajah asalnya sehingga ada yang menyamakan wajah tersebut seakan-akan pelakon terkenal, Sarimah Ibrahim dan Juliana Evans.

Lisa Surihani 2

Mungkin disebabkan terlalu banyak proses editing dan photoshop dilakukan pada muka depan majalah tersebut membuatkan wajah Lisa kelihatan sedikit berbeza. Bagaimanapun, Lisa tetap nampak anggun dan elegan dengan gaya rambut pendek seperti itu.

Untuk makluman, edisi kali ini pihak majalah Eh! bakal mengupas pelbagai isu-isu menarik, antaranya adalah betul ke Lisa Surihani ratu media sosial, pelajari tips terbaik kecantikan, ketahui kenapa wanita gila akan kecantikan serta dapatkan informasi mengenai 15 perkara yang orang bahagia tidak akan lakukan.

Jangan lupa untuk dapatkan majalah Eh! edisi Oktober 2013 di pasaran!

SKIP THIS AD ×