berita

‘Eh Orang Belakang Tak Dengar Ni’ – Mikrofon Imam Tak Berbunyi Masa Terawih, Tindakan Pakcik Ini Dipuji

April 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Masalah teknikal memang tak dapat dijangka dan kita sendiri tidak akan tahu bila masalah tersebut akan berlaku. Hal ini kadang kala terjadi kepada imam di masjid mahupun di surau apabila mikrofon yang dipasang tidak berfungsi sehingga para jemaah tidak perasan imam telah memulakan solat.

Mikrofon tak berbunyi

Menerusi video yang telah tular di media sosial dikongsikan oleh Furqan Fawwaz di akaun Instagramnya, seorang pakcik yang merupakan seorang bilal terpinga-pinga apabila suara imam tidak didengari dengan kuat sehingga jemaah lain tidak perasan imam telah bangun dan memulakan solat terawih.

Dengan pantas, bilal terbabit mendekati imam itu dan menekan butang mikrofon yang berada di dalam poket sebelum suara imam bergema pada seluruh masjid berkenaan. Terdahulu, lelaki ini ditanya mengenai pengalaman paling ngeri dialami oleh seorang imam.

Pengalaman ngeri itu berlaku tahun ini rasanya, imam je yang faham perasaan mic tak berbunyi, dalam hati macam-macam dah fikir ‘macam mana jemaah belakang nak dengar suara aku? pakai suara hati?’.

‘Nasib baik bilal selamatkan’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LembaranJuzukCinta (@furqanfawwaz)

‘Pakcik bilal kiriman Tuhan’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen puji dengan sifat bilal yang cekap menekan butang mikrofon berkenaan dan ada juga diantara mereka yang mengatakan bilal itu menjadi penyelamat keadaan.

Sumber : furqanfawwaz

SKIP THIS AD ×