berita

‘Sedih Tengok Anak-Anak Kak Nurul Menangis Tahan Sakit’ – Eina Azman

November 21st, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, tular di media sosial derita dua beradik menghidap penyakit kulit (ekzema). Kisah yang menimpa keluarga ini berjaya menarik perhatian ramai netizen termasuk pelakon Datin Eina Azman.

Artikel Berkaitan : Hanya Berbekalkan Gaji Suami RM850 Sebulan Untuk Sara Dua Anak Hidap Penyakit Kulit

Terbaru, menerusi Berita Harian, Datin Eina Azman membantu keluarga ini bertemu pakar kulit untuk memberi rawatan sewajarnya.

Ada anak dua orang

Salam guys… alhamdullilah harini eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yun88 … di atas permintaan ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul? sebentar tadi eina bawa kak nurul dan suami n dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya. Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga.

Sedih tengok anak nangis

Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih insyallah?? eina terdetik nak tlg keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun ada anak kecil @aubreykarl . Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih? apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ?? sedih sgt eina hubby tgk anak2 kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit ??? Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah…

Bawa bertemu pakar kulit

Alhamdulillah, atas persetujuan ibu mereka, saya dapat membawa mereka bertemu pakar kulit di sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor memaklumkan, mereka berpeluang untuk pulih, namun memakan sedikit masa. Kami juga bersedia menghulurkan bantuan setiap bulan bagi meringankan beban keluarga itu.

Menurut Eina, ibu kepada kanak-kanak itu bersetuju untuk bertemu dengan pakar kulit selepas beliau memuat naik luahannya di laman Instagram miliknya. Pelakon itu turut mengatakan rasa hatinya yang tersentuh apabila mendapat tahu mengenai penderitaan yang ditanggung kedua adik-beradik itu Lela Safiya Azmi dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi.

Selepas persetujuan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, mereka sepakat membawa dua kanak-kanak itu dan ibu mereka mendapatkan rawatan dengan pakar kulit.

Ibu turut menghidap ekzema

Sebagai ibu yang mempunyai sepasang anak yang sedang membesar, saya sebak melihat penderitaan dua beradik itu. Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya berada dalam situasi mereka. Itu yang menggerakkan hati saya untuk membantu keluarga ini.

Saya difahamkan, ibu kanak-kanak itu turut menghidap ekzema sejak remaja, selain penglihatannya kurang jelas.

Menurutnya lagi, dia setuju untuk membantu keluarga itu kerana membayangkan situasi yang dihadapinya sekiranya dia berada di tempat ibu itu.

Sedih apabila dimaklumkan, mereka sering dipandang rendah, malah dua beradik itu juga sukar tidur malam kerana tidak selesa dan pedih dengan keadaan kulit mereka.

Eina juga berharap, usaha murninya itu dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×