Tindakan pelakon, Datin Paduka Eina Azman memuat naik video di IG Stories memaparkan dirinya sedang menangis telah mengundang pelbagai persoalan daripada netizen.
Eina Azman nangis?
Video pendek tersebut kemudian dikongsikan semula oleh Eina di akaun TikToknya. Menerusi video pendek tersebut dilihat Eina Sedang baring dan menitiskan air mata sambil berlatar belakangkan lagu ‘Only Love Can Hurt Like This’ nyanyian Paloma Faith. Hantaran berikutnya, Eina memuat naik satu ayat seolah-olah memberi gambaran seperti kehadirannya tidak dihargai seseorang.
Jika seseorang tidak menghargai kehadiran awak, biarkan mereka menghargai pemergian awak.
Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci apakah masalah yang sedang dilaluinya namun rata-rata peminat berharap agar hubungan Eina dan suami berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Mereka berharap agar perkara tersebut bukanlah disebabkan orang ketiga.
Video
Komen
Sumber: Eina Azman