berita

Netizen Marah Eina Azman & Suami Parking Chevrolet Camaro Di Tempat Isi Minyak

November 24th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-11-24 at 11.41.14 AM

Apa perasaan anda apabila ada sebiji kereta mewah dengan selambanya parking di tempat yang dikhaskan untuk mengisi minyak dan boleh pula pergi makan di restoran fast food di stesen minyak tersebut? Panas hati mungkin?

Jadi, kami pun tak hairanlah apabila foto kereta yang didakwa milik Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden tersebar di laman sosial semalam. Khabarnya, selepas ‘parking’ di situ, Eina dan suami boleh pergi makan di Subway dengan bahagianya. Hurm.

Screen Shot 2014-11-24 at 11.19.27 AM

Dek kerana itu, ramai netizen mula mengecam tindakan mereka yang dianggap amat mementingkan diri sendiri. Yelah, kenapa tak gunakan sahaja parking khas yang sudah disediakan di stesen minyak tersebut. Jadi, tidaklah menggangu orang lain mahu isi minyak.

Nasib baiklah hanya gambar sahaja yang tersebar. Buatnya kena dengan individu yang kurang sabar, rasanya dah calar balar kereta hantaran Eina tu. Hehe.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×