berita

Eina Azman & Suami Tak Kisah Anak Ceburi Industri Hiburan

June 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman, tidak kisah sekiranya anak kembarnya iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef memasuki industri hiburan tanah air.

Sentiasa sokong minat anak

Menurut Eina, dia dan suami sentiasa menyokong minat anak-anak. Tambahnya, dia mendedahkan minat dan hobi memasak kepada anak-anak pada masa ini bagi mengelakkan mereka daripada terleka dengan permainan video di telefon pintar.

Saya akan menyokong Aubrey dan Karl dalam apa saja minat serta bidang yang ingin mereka ceburi walaupun dalam industri hiburan. Bagi saya, kalau sudah ada peluang mereka, itu rezeki. Apatah lagi, jika mereka ada bakat yang boleh diketengahkan. Macam sekarang, saya lebih banyak memberi mereka pendedahan memasak menerusi video yang dirakam dan dikongsi di Instagram. Alhamdulilah mereka pun suka.

Sekarang banyak sangat ‘game’ di internet. Jadi, saya tidak mahu mereka leka dengan menghabiskan masa bermain permainan video saja. Lebih baik saya ajak mereka memasak bersama-sama dan mengajarnya, itu lebih bagus. Lagi pula, saya yang memasak semua resipi masakan itu dan secara tidak langsung ilmu memasak yang ada diturunkan terus kepada mereka.

Sementara itu, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, yakin sepenuhnya dengan cara didikan Eina terhadap anak-anak. Sebagai suami dan bapa, dia akan memberikan sokongan yang sepenuhnya.

Video memasak

Di Instagram AubreyKarl, Eina Azman sering berkongsi video memasak bersama anak-anaknya. Bukan itu sahaja, foto percutian mereka sekeluarga turut dimuat naik di media sosial tersebut. Terdahulu, pasangan kembar comel dan lincah itu telah memenangi kategori Si Cilik MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021), baru-baru ini.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×