berita

Eina Azman & Suami Tak Potong ‘Q’, Termasuk Kategori Golongan Berisiko Tinggi – Pengarah Hospital

May 27th, 2021 | by Wan
Isu & Kontroversi

Nama selebriti popular, Datin Paduka Eina Azman dan suami tiba-tiba viral di media sosial semalam apabila dia didakwa memotong giliran pengambilan vaksin di salah sebuah hospital di Ipoh. Foto yang dikongsi Eina selepas menerima suntikan vaksin itu bagaimanapun telah dipadam sejurus dimuat naik. Sekaligus menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat.

Artikel Berkaitan: Netizen Pelik Eina Azman Padam Foto Terima Suntikan Vaksin Di IG

Pengarah Hospital, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr Abdul Malek dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan mengenai dakwaan memotong giliran seperti yang dibangkitkan netizen.

Ada masalah kesihatan

Menurut Dr Abdul Malek, tiada isu memotong barisan seperti yang didakwa memandangkan pasangan ini telah dimasukkan dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar.

kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalan berdasarkan rujukan doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihidapi mereka.

Tiada isu potong barisan. Pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

Pasangan itu dikatakan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV, Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mei 2021.

Kenyataan hospital

Sumber: KKM

SKIP THIS AD ×