berita

Eizlan Yusof Bakal Nikahi Gadis Serani Disember Ini, Dapat Tajaan RM 2 Juta?

December 3rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof yang baru sahaja mengumumkan dirinya bakal bernikah dengan seorang wanita mualaf berketurunan Serani iaitu Natasha Rosa Boudville berusia 29 tahun. Eizlan yang kini berusia 48 tahun itu akhirnya akan mengakhiri zaman dudanya pada 12 Disember ini.

Minta kebenaran anak terlebih dahulu

https://www.instagram.com/p/B5lFztoHqEQ/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Berita gembira ini dikongsikan oleh Eizlan dalam satu majlis sidang media yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya. Eizlan juga turut memuat naik beberapa foto bersama bakal isterinya itu di laman Instagram miliknya. Walau bagaimanapun, wajah bakal isterinya itu dirahsiakan oleh Eizlan sehinggalah pada hari pernikahan mereka minggu hadapan.

Sementara itu, menerusi sidang media tersebut, Eizlan juga ada memberitahu bahawa dia sudah lama mengenali Natasha tetapi hubungan mereka selama 4 tahun itu hanyalah sebagai sahabat rapat sahaja. Tetapi, sejak tahun lepas hubungan mereka itu dikatakan menjadi semakin akrab.

Menerusi Berita Harian, Eizlan turut memberitahu sebelum membuat keputusan untuk melamar Natasha, dia telah meminta kebenaran daripada ketiga-tiga orang anaknya itu terlebih dahulu. Tambahnya lagi, hubungan anak-anaknya dengan Natasha juga dilihat akrab.

Sebelum melamar September lalu, saya bawa anak-anak keluar untuk bertanya pendapat mereka andai saya berkahwin dengan Natasha.

Mereka menjerit kegirangan menerima Natasha. Malah, sisi lembut Natasha yang cukup prihatin dengan anak-anak, membuatkan saya tewas.

Tajaan daripada rakan terdekat

https://www.instagram.com/p/B5krzdnHi38/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Natasha yang bekerja sebagai kakitangan pengurusan kanan di sebuah hotel lima bintang di ibu negara itu juga dikatakan telah memeluk islam sejak bulan Ogos tahun lalu lagi iaitu sebelum mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Natasha memeluk agama Islam pada Ogos, tahun lalu. Namun, ia bukan kerana mahu berkahwin dengan saya.

Menceritakan tentang majlis perkahwinan tersebut, Eizlan memberitahu mereka merancang untuk mengadakan majlis selama 4 hari iaitu malam berinai pada 11 Disember, akad nikah (12 Disember), majlis resepsi (13 Disember) dan malam penghargaan (14 Disember). Tambahnya lagi, majlis ini juga dilakukan atas bantuan rakan-rakan serta tajaan daripada rakan terdekatnya. Dia walau bagaimanapun hanya menginginkan majlis dalam kalangan rakan dan keluarga sahaja tetapi selepas berjumpa dengan rakan-rakannya, mereka pula bermurah hati menawarkan diri untuk taja perkahwinannya itu.

Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis.

Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar.

Tambahnya lagi, dia amat bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang sayangkannya dan masing-masing ingin menyumbang dalam majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung Disember ini.

Sumber: Datuk Seri Eizlan Yusof, Berita Harian, Harian Metro

SKIP THIS AD ×