berita

Ejen Ali Bakal Menggegarkan Pawagam Indonesia Bermula 1 Januari 2020..Get Ready Semua Ejen!

December 27th, 2019 | by Shahira
Shout Out!

Filem pecah panggung! Filem Animasi Ejen Ali The Movie telah mencetuskan fenomena kerana telah berjaya mengungguli carta filem dengan meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam tempoh tiga minggu ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Bukan itu sahaja, ini berita baik buat ‘Ejen’ di Indonesia! Filem Ejen Ali The Movie juga bakal menemui penonton dan peminat di pawagam Indonesia bermula 1 Januari 2020. Jadi tunggu apa lagi? Ayo rame-rame ke bioskop 1 Januari 2020!

Bakal cetus fenomena di Indonesia

Filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation ini bakal menemui peminat di pawagam-pawagam terpilih Indonesia iaitu CGV, Flix, Kota Cinema, Platinum dan Cinemaxx.

Tayangan Perdana Ejen Ali The Movie telah pun diadakan di CGV, pusat membeli belah Grand Indonesia yang turut dihadiri oleh rakan-rakan media, rakan kerjasama Primeworks Studios dan Media Prima Berhad, serta peminat-peminat Ejen Ali yang terpilih.

Misi pecah panggung!

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya berasa amat gembira dan teruja dengan kejayaan filem Ejen Ali The Movie kerana berjaya menembusi pasaran filem animasi Indonesia. Tambahnya lagi, ini merupakan permulaan yang bagus buat mereka pada tahun 2020 ini.

Kami berharap gelombang fenomena Ejen Ali akan berterusan hingga ke Indonesia kerana naskah karya yang dihasilkan oleh Usamah dan ahli ‘Wauriors’ lain mempunyai nilai sinematik yang sangat tinggi dan sudah tentunya kami ingin kongsikan perasaan bangga itu kepada peminat serta pencinta filem di Indonesia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin berkata, fenomena Ejen Ali The Movie ini mencetuskan gelombang yang sangat hebat sehingga peminat Ejen Ali di negara jiran, Indonesia menyuarakan hasrat mereka supaya filem ini turut ditayangkan di sana.

Sokongan padu dari peminat-peminat Ejen Ali di Indonesia amat kami hargai.  Terima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus asa dan kami sedaya-upaya memenuhi permintaan mereka agar filem EJEN ALI THE MOVIE ditayangkan di sini.

Bersempena dengan musim cuti persekolahan ini, kami ingin menjemput semua ‘Ejen’ di Indonesia untuk membanjiri pawagam-pawagam tempatan dan merealisasikan ‘misi pecah panggung’ Ejen Ali di Indonesia.

Sesi ramah mesra bersama Ejen

Apa yang lebih menariknya, sesi ramah mesra bersama ‘Ejen’ juga bakal berlangsung. Jadi, peminat-peminat Ejen Ali di Indonesia jangan lepaskan peluang menghadiri sesi ramah mesra ini kerana korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan barangan eksklusif serta bertemu dengan maskot Ejen Ali di pusat membeli-belah yang terpilih.

Sesi ramah mesra ini akan diadakan pada 27 Disember 2019 di Miko Mall, Bandung dan 29 Disember 2019 di Car Free Day Bekasi Festive Walk, Karawang (akan disahkan).

Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan mengenai sesi ramah mesra untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan lokasi dan masa sesi ramah mesra.

Untuk maklumat lanjut tentang filem EJEN ALI THE MOVIE, layari: 

SKIP THIS AD ×