berita

Ejen Ali Misi: Juang Trending Di Youtube, Penampilan Khas Ejen Dr Noor Hisham Lawan Covid-19!

December 26th, 2020 | by Wan
Video Popular

Tak sampai satu hari ditayangkan, video animasi pendek Ejen Ali Misi: Juang sudah mendapat lebih 500 ribu tontonan di Youtube dan trending di tangga kedua di laman perkongsian video paling popular dunia itu.

Misi Juang hasil kerjasama Primeworks Studios dan WAU Animation didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan, sebagai penghargaan atas kecekalan dan keberanian mereka dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.

Ejen baru

Video berdurasi 3 minit itu turut menampilkan karakter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai salah seorang ejen yang berganding bahu memerangi watak jahat angkatan tentera Covid-19 dipercayai virus yang sedang melanda dunia. Semua karakter juga dilihat memakai face mask khas semasa berlawan.

Di ruangan komen, rata-rata peminat setia Ejen Ali memuji video animasi tersebut. Tak kurang juga ada yang meminta ianya diangkat ke layar perak.

Misi: Juang menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa. Di akhir video diselitkan satu mesej penting buat rakyat Malaysia. Tonton sekarang!

SKIP THIS AD ×