berita

Ejen Ali Pecah Panggung! Raih Kutipan RM6.4 Juta Selepas Hanya 3 Hari Ditayangkan

December 2nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Minggu lalu filem animasi tempatan yang diangkat dari siri animasi popular televisyen, Ejen Ali mula ditayangkan di pawagam . Pembikinan filem ini sejajar dengan sambutan yang menggalakkan dari lebih 2 juta penonton di kaca TV.

Menerusi laporan terbaru, filem Ejen Ali The Movie ini telah mencipta rekod tersendiri apabila berjaya memungut RM6.4 juta setelah ditayangkan selama tiga hari di 162 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Memang mantap!

Plot cerita yang menarik minat penonton

Menurut Datuk Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, faktor ianya ditayangkan semasa cuti sekolah membuatkan kutipan jualan tiket meningkat.

Selain itu, jalan cerita yang unik dan tarikan plot yang menarik membuat penonton tertarik menonton filem ini.

Kami harap lebih ramai lagi ‘turun’ menikmati pengembaraan bersama ejen istimewa kami ini tidak kira bersama keluarga mahu pun rakan.

Kami sangat berterima kasih dan berbesar hati menerima maklum balas positif daripada pelbagai kelompok penonton yang memberikan lima bintang kepada Ejen Ali The Movie.

Filem animasi terbaik

Filem yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat animasi tanah air ini menerima maklum balas positif dan pujian menggunung. Rata-rata menyifatkan Ejen Ali antara filem animasi terbaik tanah air.

Semua ini menyuntik semangat kami menghasilkan produk terbaik sebagai tanda sokongan penonton terhadap penerbitan tempatan terutama filem animasi bertaraf antarabangsa ini.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!