berita

Ejen Ali, Saladin & 4 Animasi Tempatan Lakar Sejarah Ke Pasaran Antarabangsa. Terbaik!

June 16th, 2020 | by Shahira
Shout Out!

Berita baik buat semua peminat rancangan animasi! Sebanyak 6 buah judul animasi Malaysia berjaya menembusi Amazon Prime melalui perjanjian yang termeterai antara Primeworks Distribution, anak syarikat Primeworks Studios dan Janson Media.  Lebih menarik ianya boleh dilayari oleh penonton di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Australia dan New Zealand. 

Berjaya menembusi Amazon Prime

animasi terbitan tempatan yang diwakili oleh Primeworks Distribution iaitu Soccer Bugs, Cingkus Blues, Saladin, Knowsy Nina Wants To Know dan Super Tots serta Ejen Ali yang dihasilkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation kini boleh didapati di Amazon Prime.

Menurut Ahmad Izham Omar iaitu Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios meluahkan rasa terima kasih kepada pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di atas sokongan mereka yang berterusan melalui bantuan kewangan, tunjuk ajar dan intel industri. Tambahnya lagi, pembabitan dalam menerbitkan Ejen Ali telah memberi pengalaman yang sangat bermakna disamping mengetahui pentingnya komitmen dalam menghasilkan sesebuah siri animasi yang bermutu tinggi.

Kami amat berbesar hati apabila kerjasama dengan negara luar dapat dicapai kerana peluang seperti ini adalah sangat penting bukan sahaja dari segi keuntungan pelaburan kewangan kepada industri animasi tetapi juga satu pengiktirafan dunia terhadap kualiti dan penceritaan animasi  Malaysia.  Kami gembira menjadi sebahagian penyumbang kecil dalam usaha untuk memastikan bidang animasi Malaysia terus berkembang maju.

Filem dapat ditonton di seluruh dunia

Perjanjian yang ditandatangani pada awal tahun ini di saat pandemik Covid-19 melanda dunia adalah sangat tepat, yang mana penonton hanya terbatas di rumah dan sentiasa mencari kandungan yang berkualiti untuk ditonton. Kar Hooi Tan, Penerbit Eksekutif, 3rd Rock Creations berkata lebih membanggakan apabila hasil kerja keras penghasilan filem ini mendapat tempat di Amazon Prime sekaligus ianya dapat ditonton di seluruh pelosok dunia.

 Usaha yang dilakukan oleh Primeworks Distribution sebagai pengedar yang mewakili syarikat kecil seperti kami adalah sangat penting agar kami dapat memberi tumpuan terhadap kerja produksi. Kami merasa bersyukur dan beruntung kerana dapat meneruskan kembali perjanjian kerjasama di dalam waktu pandemik yang sukar ini.  Ini adalah berita yang berharga yang dapat dikongsikan kepada pasukan kami yang telah bertungkus lumus menghasilkan Cingus Blues dan Soccer Bugs.

Jumlah penonton meningkat

Menurut Jesse Janson iaitu Naib Presiden Eksekutif, Bahagian Perolehan dan Pembangunan, Janson Media berkata, jumlah penonton untuk kandungan kanak-kanak juga semakin meningkat dari hari ke hari berikutan dengan penularan wabak yang melanda negara.

Oleh itu penawaran pakej kandungan siri TV animasi kanak-kanak dari Primeworks ini menjadi tambahan yang bagus kepada kandungan video kanak-kanak sedia ada di Amazon Prime.  Kami yakin siri TV animasi ini akan berjaya mendapat tempat di hati penonton Amazon.

Primeworks Distribution mempunyai kepelbagaian kandungan katalog animasi yang merangkumi beberapa judul animasi popular di samping IP ulung, Ejen Ali, yang telah mencapai kejayaan luar biasa di dalam dan di luar negara. Dengan berbekalkan dua musim penuh siri animasi TV penuh aksi, menembusi di lebih 50 negara di seluruh dunia, kejayaan Ejen Ali diteruskan ke layar perak pada November 2019. Ejen Ali The Movie telah meraih kutipan sebanyak RM30 juta di Malaysian Box Office, menjadikannya filem animasi terlaris dan mencatat kutipan tertinggi di Malaysia.

 

SKIP THIS AD ×