Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 akan berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember di pusat pameran terbesar di Malaysia, MITEC.
Acara ini adalah anjuran bersama Malaysia Guangdong Chamber of Commerce (MGCC) dan JMM Exhibition, di mana ia bakal menjadi platform hebat untuk peniaga dan pengguna tempatan berhubung terus dengan pengeluar dari China.
Dengan lebih 200 jenama terkemuka dari China, ekspo ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.
Kerjasama Ekonomi Malaysia-China terus meningkat dengan peningkatan perdagangan dua hala
Menurut Ellison Yang, Pengasas JMM Holding, pada tahun 2024, hubungan perdagangan antara Malaysia dan China terus berkembang pesat. Dalam separuh pertama tahun ini saja, perdagangan dua hala sudah mencecah $100.232 bilion, naik 10.6% berbanding tahun lepas.
Ini jelas menunjukkan hubungan yang makin erat antara kedua-dua negara, China juga telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dan dengan dasar bebas visa yang baru, pertukaran budaya dan perniagaan antara kedua negara semakin rancak.
Pamer lebih 200 jenama China: Hab Perolehan Sehenti
Ekspo ini disokong oleh pelbagai organisasi seperti Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Persatuan Pemborong Malaysia (PPM), Junior Chamber International Kuala Lumpur (JCI), dan SOMO Group bakal menampilkan lebih 200 jenama dan PKS terkenal dari China.
Antara sektor yang akan diketengahkan termasuk tenaga baharu seperti PV solar, stor tenaga, lampu, peralatan rumah, dan produk pintar. Ekspo ini merupakan peluang terbaik bagi pengusaha tempatan yang ingin membuat pesanan pukal serta pengguna runcit yang ingin meneroka pelbagai jenis produk menarik.
Hubungan langsung dengan pembekal China: tingkatkan margin keuntungan tanpa kos orang tengah
Dengan perkembangan pesat e-dagang dan pembelian dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 hadir tepat pada masanya untuk membantu peniaga dan pembeli tempatan.
Ekspo ini akan memberi fokus pada teknologi terkini dari sektor elektronik China, terutama produk tenaga baharu seperti PV solar, penyimpan tenaga, dan longgokan pengecasan – semuanya mempercepatkan peralihan kepada teknologi hijau dalam elektronik, termasuk lampu dan peralatan rumah.
Tambah Yang, ekspo ini membolehkan peniaga Malaysia berhubung terus dengan jenama dan pembekal dari China, sekaligus menghapuskan kos orang tengah dan mengurangkan caj logistik untuk meningkatkan keuntungan. Pembeli runcit pun tak ketinggalan untuk mendapat manfaat, kerana mereka boleh menikmati harga produk terus dari kilang dengan lebih murah tanpa caj platform tambahan.
Lokasi Malaysia yang stretegik bantu syarikat China untuk tembusi pasaran ASEAN
Jelas Yang lagi, Malaysia memang berada di lokasi yang sangat strategik, ditambah pula dengan kelebihan kita yang berbilang bahasa dan budaya.
Ini menjadikan Malaysia tempat yang sesuai untuk syarikat-syarikat China memulakan langkah mereka ke pasaran Asia Tenggara. Dengan kepakaran dalam pengeluaran dan harga yang kompetitif, kerjasama ini dijangka membantu syarikat China menembusi pasaran ASEAN dengan lebih cepat.
Penganjur juga sedang giat mempromosikan ekspo ini di seluruh Asia Tenggara, untuk menarik lebih ramai pemain industri dan merancakkan pertumbuhan ekonomi serantau melalui kerjasama perdagangan antara Malaysia dan China.
Ekspo ini bakal tarik lebih 15,000 pelawat & RM60 juta Transaksi Perdagangan
JMM Exhibition menjangkakan Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 yang pertama kali diadakan ini bakal menarik lebih 15,000 pengunjung dan mencatat urus niaga bernilai RM60 juta, mencipta satu lagi sejarah dalam hubungan perdagangan Malaysia-China.
Ekspo tiga hari ini juga adalah percuma untuk semua pengusaha perniagaan dan pembeli, jadi jangan lepaskan peluang untuk terokai peluang baharu dan saksikan sendiri perkembangan terkini dalam landskap e-dagang antara Malaysia dan China!
Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024, layari laman web JMM Exhibition, Facebook dan Instagram mereka atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di +6012-854 2238.