
Penyanyi, Datuk Elaine Kang mengakui dirinya masih belum bersedia untuk mendedahkan masalah kesihatan yang dialami.
Artikel Berkaitan: Elaine Kang Batal Niat Tarik Diri, Terus Berjuang Demi Peminat – ‘Saya Ada Masalah Jantung, Setiap Minggu Bawa Doktor’
Belum sedia kongsi sakit

Elaine, 60, berharap peminat di luar sana tidak berasa risau kerana dia sentiasa dipantau rapi oleh doktor.
Saya tidak boleh makan pedas, makan pun makanan hanya yang ala-ala ‘baby food’ kerana perut saya ada masalah. Ada empat lubang di dalam. Ais sejuk pun tak boleh, makanan seimbang dan sihat. Nasi saya makan sangat jarang.
Tentang masalah kesihatan, saya perlu berjumpa dengan tiga orang doktor pada Isnin untuk pemeriksaan. Tetapi minta semua jangan risau, saya baik-baik.
Buat masa sekarang saya belum sedia untuk berkongsi masalah kesihatan, jika satu hari saya bersedia untuk kongsi pasti saya akan maklumkan kepada semua.
Elaine berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert minggu keempat Gegar Vaganza 12 (GV12) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Dalam pada itu, Elaine berkata, dengan keadaan kesihatannya yang tidak menentu membuatkan dia sudah bersedia untuk menarik diri secara sukarela sekiranya tidak tersingkir pada minggu keempat GV12.
Jika saya tak tersingkir pada minggu keempat, saya memang dah nekad untuk menarik diri dengan sukarela. Malah, ketika saya ingin mulakan persembahan, perasaan sebak sudah menyelebungi. Air mata mula bergenang.
Saya anggap matlamat untuk mengubati kerinduan peminat yang selama ini bertanya tentang saya terubat. Saya sayang semua peminat, seronok berada di GV.
Tambah pelantun lagu Maafkan Diriku, dia bersyukur dapat bertahan selama empat minggu meskipun bergelut dengan isu kesihatan dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak berhenti menyokong.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tidak henti memberikan sokongan. Pada awalnya saya hanya ingin lakukan untuk satu minggu sahaja. Tetapi saya syukur bertahan hingga minggu keempat.
Sepanjang empat minggu bersaing, saya cuba untuk berikan yang terbaik meskipun semua sedia maklum kesihatan saya tidak berapa bagus. Doktor nasihat supaya berhenti, tidak boleh buat lagi.







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)