berita

Elak Kena Sihir, Da’i Syed Dengar Nasihat Ustaz Jangan Pandang Kamera Bila Bercakap

April 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pendakwah bebas serta penyanyi Da’i Syed dikatakan sering membuat Instagram Story tanpa memandang kamera ketika bercakap. Ianya telah menyebabkan sesetengah netizen berasa kurang senang terhadap caranya seperti itu.

Mata tak pandang kamera

Menerusi Instagram Story yang dimuat naik olehnya itu, terdapat netizen yang mempersoalkan tindakan Syed serta memberi peringatkan bahawa Nabi kita dahulu apabila bercakap akan menghadap orang berkenaan.

Salam DS, sorry tapi saya dah lama perasan Da’i selalu cakap tak menghadap kamera… tak tahu kenapa. By the way, Nabi kita selalu cakap menghadap orang tersebut. Just reminding semoga sukses terus Amin.

Pada sebelum ini, kelihatan pendakwah berusia 26 tahun ini memuat naik satu video yang memperlihatkan dia sedang mempromosikan produk tetapi matanya tidak memandang kamera seakan-akan mahu mengelak daripada memang terus ke kamera.

Berhati-hati boleh terkena sihir atau santau

Walau bagaimanapun, Da’i Syed telah mengaku bahawa dia memang sengaja untuk tidak memandang terus ke kamera ketika membuat video mahupun membuat live di Instagram.

Menurutnya lagi, dia terpaksa membuat sedemikian kerana atas nasihat seorang ustaz yang telah memintanya untuk berhati-hati kerana boleh terkena sihir atau santau melalui mata ketika membuat live di Instagram.

Dalam pada itu, Da’i Syed juga meminta agar orang ramai untuk mendoakannya dirinya kerana dia berada dalam keadaan struggle untuk pulih.

Sumber : daisyed_

SKIP THIS AD ×