berita

Elak Lakukan 5 Perkara Ni Kalau Korang Nak Kulit Yang Lebih Sihat dan Terhidrasi!

August 26th, 2021 | by Sya Alkaf
Sponsored Post

Penjagaan kulit badan sama pentingnya seperti mana korang selalu amalkan rutin penjagaan kulit wajah yang konsisten. Kalau ianya tak dijaga dengan baik, korang mungkin akan mengalami masalah dehidrasi atau kekeringan kulit.

Punca kekeringan kulit ni boleh jadi kerana beberapa sebab termasuklah cuaca, kurang minum air, penggunaan bahan yang tidak sesuai dengan kulit dan beberapa faktor lain.

Cuba tengok kulit korang ada tak terasa macam kasar atau tak rata? Setiap kali lepas mandi pula ada tak rasa macam tegang dan ketat? Ataupun kulit sering gatal-gatal serta mengelupas? Kalau ada tanda-tanda ni maknanya korang perlu berikan perhatian lebih pada rutin penjagaan kulit badan korang.

Jangan buat 5 benda ni kalau nak kulit yang lebih sihat!

Elak scrub badan dengan kerap

Pengunaan scrub badan yang berlebihan boleh menyebabkan iritasi kepada kulit. Seeloknya proses ni dilakukan sebanyak 2 kali je setiap minggu.

Jangan mandi terlalu lama dan jaga suhu air mandian

Setiap kali mandi pastikan suhu air mandian korang dijaga dengan baik, janganlah sampai terasa pedih kulit sebab air panas sangat. Elakkan juga mandi terlalu lama sebab ianya boleh menghilangkan kelembapan asli pada kulit.

Elakkan terdedah pada matahari terlalu lama 

Pancaran UV secara terus boleh menyebabkan kerosakan kulit. Jadi, elakkan terlalu kerap berjemur dibawah terik mentari dan jangan sesekali skip penggunaan sunscreen! Tak kiralah sama ada korang terdedah kepada matahari secara terus atau tidak tapi suncreen memang tak boleh tinggal!

Penggunaan bahan antibakteria secara berlebihan

Kredit foto: pexels.com

Produk antibakteria dah jadi keperluan wajib sekarang ni. Tapi produk ni jugalah punca utama berlakunya kekeringan kulit. Lagi kerap korang gunakan, lagi keringlah kulit tu jadinya. Sebab tu, korang kena biasakan penggunaan lotion badan bagi mengembalikan kelembapan pada kulit.

Tak ambil kisah bahan dalam produk mandian

Kredit foto: pexels.com

Produk mandian memainkan peranan penting dalam memastikan kulit korang kekal sihat dan lembap. Jadi, penting untuk korang pilih sabun yang diformulasi dengan prebiotic supaya tak ada lagi kulit kasar dan kusam!

Cuba Dove White Peach atau Yuzu yang diperkaya dengan formula prebiotic untuk kulit lembap seharian!

Dove memperkenalkan dua lagi pilhan terbaru, White Peach dan Yuzu sebagai tambahan kepada rangkaian Dove gofresh mereka yang diformulasi khas dengan prebiotic bagi memberikan kelembapan berpanjangan sehingga 24jam!

Ni bukan sabun badan biasa-biasa okay, ia dihasilkan dengan teknologi microbiome gentle bagi mengekalkan kelembapan asli kulit, sekaligus, menjamin kulit yang lebih bermaya dan sihat!

Melalui teknologi yang sama, ia juga bertindak untuk mengimbangkan microbiome pada kulit untuk mengukuhkan perlindungan skin barrier korang!

Selain White Peach dan Yuzu, siri Dove gofresh juga didatangkan dengan 4 lagi pilihan lain termasuk Cucumber & Green Tea essence, French Lavendar & Chamomile essence, Sakura essence & Himalaya pink salt serta Damask Rose & Aloevera.

Kesemua produk Dove gofresh dijamin tidak mengandungi paraben, alkohol dan bahan penghasilan buih yang mengakibatkan iritasi pada kulit. Sebaliknya ia didatangkan dengan formulasi istimewa yang lembut untuk kulit badan dan mudah dibilas tanpa meninggalkan rasa melekit.

Nikmati diskaun RM6 dengan pembelian RM50 ke atas!

Bermula 2 September sehingga 29 September nanti, korang berpeluang untuk menikmati diskaun sebanyak RM6 bagi pembelian sabun mandi gel Dove menerusi Watsons online di SINI dengan menggunakan kod promo DOVBATH6.

Rugi tau kalau korang tak beli masa promo ni, kami yakin sangat korang mesti akan jatuh cinta dengan rangkaian Dove gofresh sebab ianya adalah solusi terbaik untuk kulit yang mulus dan berseri!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk yang ditawarkan Dove, korang boleh terus ke laman web mereka di SINI ataupun laman Facebook rasmi mereka.

SKIP THIS AD ×