berita

Elfira Loy Bawa Adik Beradik Lari Ke Hong Kong?

September 13th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Elfira Loy 7

Kenapa pelakon genit, Elfira Loy bawa adik beradiknya lari sampai Hong Kong? Mereka ada masalah ke?

Sabar, peminat Elfira jangan cepat melatah atau salah sangka pula ya. Itu hanya sekadar tajuk sahaja.

Sebenarnya sejak Rabu lalu, pelakon drama Demi Dia itu dikatakan telah terbang ke Hong Kong bersama adik beradiknya iaitu Ezzraa, Ezlisa serta Ezzrin Loy bagi tujuan menjalani penggambaran program terbaru berjudul Destinasi Ria bersama syarikat penerbangan terkenal, Air asia.

Caption Elfira Loy

Elfira Loy 3

Adik beradik Elfira Loy

Sejak mula menjejakkan kaki ke Hong Kong, Elfira dilihat begitu aktif berkongsi beberapa foto menariknya di laman sosial dan menerusi foto-foto tersebut, OHBULAN! tertarik dengan setiap gaya penampilan yang ditonjolkan oleh pelakon drama Dalam Hati Ada Taman itu.

Elfira bukan sahaja bijak bergaya, malah setiap penampilannya dilihat mampu menaikkan aura comel dan feminin buat gadis genit tersebut. Elfira juga bijak menyuai padankan setiap pakaiannya agar semuanya kelihatan cantik dan menarik.

Sementara Elfira berseronok, apa kata kita lihat dulu beberapa foto Elfira di Hong Kong selepas ini.

Kredit foto : Instagram Elfira Loy

SKIP THIS AD ×