berita

Elisya Sandha, Anak Sheila Rusly Selamat Diijabkabul.. Hantaran RM22,222.22!

August 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon dan adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha telah selamat dinikahkan dengan anak lelaki Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada 3.11 petang tadi.

Artikel berkaitan: ‘Jika Ingin Berkahwin, Bakal Isterinya Mestilah Elisya..’ – Anak Sheila Rusly & Elisya Sandha Selamat Bertunang

Pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak disaksikan keluarga terdekat sahaja.

Diadakan pada saat akhir

Foto: Sheila Rusly

Memetik laporan BH Online, pasangan dua sejoli ini telah dinikahkan berwalikan ayah kepada pengantin perempuan iaitu Mohd Faisal Abdullah. Elisya Sandha telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Ujar Elisya, dia dan anak kepada Sheila Rusly itu sepatutnya ingin bernikah pada 22 Februari tahun hadapan tetapi terpaksa diawalkan berikutan pandemik Covid-19.

Sejujurnya, perancangan berkahwin hari ini diputuskan pada saat akhir. Saya dan suami terus melakukan persiapan perkahwinan serba sederhana apabila mendapat tarikh pernikahan, kira-kira dua minggu lalu.

Kami mahu mempercepatkan majlis pernikahan berikutan situasi pandemik COVID-19 yang tidak menentu.

Jadi, kami laksanakan apa yang wajib dahulu. Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis keraian di kampung halaman di Perlis. Cuma, tarikhnya belum ditetapkan lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Alhamdulillah…

Melepaskan adik bongsu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×