Pelakon Elisya Sandha mendedahkan bahawa punca dia menggalakkan suaminya, Uzair Haqimy, untuk mengamalkan pemakanan sihat (eat clean) adalah demi menjaga kesihatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elisya Sandha Terharu Terima Seutas Gelang Emas Dari Suami – ‘Walaupun Struggling, Dia Letak Senyuman Pada Muka Saya’

Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Sheila Rusly – ‘Saya Duduk Dalam Kereta Sejam Takut Punya Pasal’

Bimbang dengan berat suami

Pemilik nama Nur Elisya Sandha Hassan, 26, itu berkata tindakan itu dibuat selepas bimbang melihat berat badan Uazir mencecah hampir tiga angka.

Saya suruh dia eat clean bukan untuk kurus tapi untuk sihat. Saya risau, berat suami hampir cecah 100 kilogram.

Menurut pelakon drama Serpihan Sayang itu, dia turut mengambil inisiatif memasak untuk Uzair bagi memastikan pemakanan suaminya terjaga dengan baik.

Hasil mengamalkan pemakanan sihat, Uzair berjaya menurunkan berat badan sebanyak dua kilogram.

Satu minggu saja dia sudah berjaya turun 2 kilogram. Proud wife.

Sumber: Threads