

Pelakon, Elisya Sandha dilaporkan selamat bersalin cahaya mata kedua pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: ‘Kakak Kenal Suami Saya Dari Kecil, Dia Dah Anggap Macam Adik Sendiri’ – Elisya Jawab Isu Fasha Sandha Peluk Adik Ipar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Cakap Epidural Cheat Code Tu Pernah Beranak Tak? Awak Lelaki Tak Pernah Rasa Bersalin’ – Elisya Sandha
Alhamdulillah

Berita gembira itu disampaikan oleh suaminya, Uzair Haqimy menerusi muat naik di Instagram Story.
Uzair meluahkan rasa syukur selepas Elisya berada dalam keadaan baik selain menghargai pengorbanan isterinya.
Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan dan terima kasih buat isteriku.
Dan sekali lagi, awak berjaya buat saya kagum dengan kekuatan awak.
Tak akan mampu saya balas awak.
Sementara itu, pemilik nama Nur Elisya Sandha Hassan, 26, turut memuat naik gambarnya bersama anak lelaki di Instagram.
Dalam kesempatan itu, Elisya juga memaklumkan nama anak lelakinya.
Allah adalah sebaik-baik perancang.
Syukur alhamdulillah MashaAllah TarbarakAllah.
Assalamualaikum anak lelaki, Bahtera Elhaq Bin Uzair Haqimy.
Untuk rekod, Elisya dan Uzair bernikah pada 21 Ogos lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Bunga Elhaq.
Sumber: Instagram







