berita

Elite Buat ‘Comeback’, Tampil Dengan Lagu Baru ‘Alhamdulillah’…Siap Rap Lagi!

April 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kumpulan Elite sememangnya tidak asing lagi bagi peminat muzik tempatan di era 90-an dan terkenal dengan lagu-lagu seperti ‘Manisnya Senyumanmu’, ‘Tamparan Wanita’, ‘Trauma’ dan banyak lagi. Terbaru, sempena ulang tahun ke-25 penubuhan kumpulan tersebut, mereka telah tampil dengan sebuah lagu baru yang berjudul “Alhamdulillah”.

Lebih menarik, kesemua anggota asal kumpulan Elite iaitu Abby Abadi, Azza, Linda, Sasha dan Watie turut dilihat dalam muzik video tersebut.

Alhamdulillah

Alhamdulillah” mengisahkan tentang keinsafan insan yang berjaya mengharungi dugaan; disamping memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi walaupun menempuh cabaran sukar yang pastinya mendatangkan hikmah.

Menerusi laporan Free Malaysia Today, lagu ‘Alhamdulillah’ ditulis oleh Noura manakala komposer adalah hasil gabungan Noura dan Rayyan Rayhan. Lagu tersebut diilhamkan melalui pengalaman dan suasana berhadapan dengan pandemik Covid-19 serta cabaran ekonomi yang melanda dunia.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim, tawaran penerbitan lagu ini dengan gabungan anggota asal kumpulan Elite telah dibuat melalui satu perbincangan dengan Linda pada 18 Mac lalu.

Pihak kami bersyukur kumpulan Elite telah menerima tawaran ini setelah beberapa hari tawaran tersebut dibuat. Saya juga amat berterima kasih kepada semua kesemua anggota Elite dan kakitangan KRU Music kerana telah berjaya menyiapkan gubahan lagu, rakaman lagu dan penggambaran video muzik dalam tempoh 7 hari saja, memandangkan Sasha akan pulang ke Abu Dhabi pada awal April.

Di samping itu, Norman turut berharap “Alhamdulillah” akan mendapat sambutan baik daripada pendengar.

Siap ada part ‘rap’ lagi!

Special thanks to KRU kerana telah berjaya menyatukan kumpulan Elite sekali lagi, dgn alunan berkonsepkan taun 1990an terasa back to 90 seolah2 lagu ni dikeluarkan pada era 90an. Good job KRU and Elite, kalau boleh feminin pun perlu comeback dgn lagu versi ketuhanan jugak. Still support girl band dari dulu hingga sekarang.

Part rap tu mengejutkan betul. Memang group ni masih ada aura remaja dia dulu. Mereka group usia dewasa yang sangat modern. Elite memang hebat dari dulu. Terimbau memori kanak-kanak saya dulu.

Rata-rata netizen dan peminat kumpulan Elite meluahkan rasa gembira kerana akhirnya kumpulan tersebut telah bersatu dan menghasilkan buah tangan baru. Tambah netizen, lagu ‘Alhamdulillah’ sangat sesuai dengan situasi sekarang dan mereka tidak sangka ada unsur moden seperti ‘rap’ dimasukkan ke dalam lagu tersebut.

Sumber: Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×