berita

Elizabeth Tan Dedah Rahsia Peribadi Di Sebalik Cover Lagu Havoc

March 6th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-03-05 at 23.04.24

Jika anda mengikuti perkembangan terbaru di dalam industri muzik tempatan, pasti gadis cantik tinggi lampai yang bernama Elizabeth Tan tidak asing lagi pada pendengaran anda.

Bermula dengan mengambil kelas vokal dan memuat naik video-video rakaman nyanyiannya ke YouTube sewaktu sedang melanjutkan pelajaran di Texas, Elizabeth kemudiannya disambar oleh Paranormal Pictures bagi membuka jalan untuknya mencipta nama sebagai penyanyi.

Selain berkongsi lagu ciptaan sendiri bertajuk Maafkan Aku, Havoc yang merupakan lagu nyanyian asal Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne juga menjadi antara video cover yang paling banyak ditonton oleh peminatnya.

Video cover Havoc yang dimuat naik pada bulan Disember tahun lepas berjaya meraih hampir 700 ribu jumlah tontonan di YouTube dan mendapat respon yang positif di kalangan peminat.

havoc

Gaya Elizabeth menyanyikan semula lagu Havoc

Namun sebenarnya ramai tak tahu bahawa Elizabeth mempunyai rahsia peribadi yang belum pernah diberitahu kepada umum di sebalik pembikinan semula lagu tersebut.

Untuk pengetahuan anda, gadis berusia 21 tahun ini pada mulanya enggan menyanyikan semula lagu popular berkenaan kerana ia mengingatkannya kembali kepada bekas teman lelaki yang kebetulan bernama Matthew Havok.

Memang betul, awalnya saya pun tak nak buat lagu tu sebab ada nama dia dan kami baru berpisah masa tu. Tapi lagu tu popular, jadi saya terfikir apa salahnya mencuba.

Elizabeth berkongsi kisah menariknya itu secara eksklusif kepada OHBULAN! sewaktu menjadi artis jemputan bagi program baru kami yang dikenali sebagai Live Di Bulan.

Screen Shot 2014-03-05 at 23.18.33

Elizabeth bijak menjawab soalan biarpun belum fasih berbahasa Melayu sepenuhnya

Untuk pengetahuan anda, #LiveDiBulan akan keudara di laman Ohbulan.com pada setiap hari Rabu jam 2 tengah hari dan ia juga boleh ditonton secara live melalui laman web dan mobile Youtube. Lebih menarik lagi, program ini merupakan inisiatif pertama yang seumpamanya di Malaysia.

Apapun kepada semua pembaca setia kami, apa kata anda layan episod pertama #LiveDiBulan di bawah ini untuk mengenali si cantik yang berbakat besar ini dengan lebih lanjut.

Oh ya, jangan lupa tonton sehingga ke minit terakhir kerana Elizabeth turut membuat persembahan secara langsung khas untuk tatapan anda. Nantikan episod yang lebih hangat pada minggu hadapan, okay!

http://www.youtube.com/watch?v=S0QRISAGDtg&feature=youtu.be

SKIP THIS AD ×