Semalam, penyampai radio Sharifah Shahirah, mengucapkan terima kasih buat semua yang sudi menghulurkan bantuan terhadap pelakon veteran, Aman Graseka.
Ujar Shiera, dia berharap, pelakon ‘7 Hari Mencintaiku‘ itu tidak perlu menghantar mesej dan meminta bantuan seperti ini lagi pada masa depan.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang Tak Rapat Pun Dia Terpaksa Minta’ – Sharifah Shahirah Harap Aman Graseka Tidak Mesej Lagi Minta Bantuan
Isteri punca hilang mata pencarian?
Terbaru, pelakon Ellie Suriaty mendakwa isteri Aman menjadi punca pelakon itu hilang mata pencarian. Di samping itu, Ellie turut mendakwa isteri pelakon tersebut menyamar menjadi suaminya sendiri selama ini. Tambah Ellie, dia pernah menghubungi Aman namun, isterinya didakwa memberi pelbagai alasan.
Berbicara lebih lanjut, Ellie berkata dia bersimpati dengan Aman. Ujar Ellie, Aman mendapat tawaran berlakon yang banyak sebelum ini disebabkan dia seorang pelakon yang bagus. Jelas Ellie, bekerja dengan Aman sangat mudah dan dia seorang yang profesional.
Sebagai rakan dalam industri, Ellie berharap Allah permudahkan segala urusan Aman dan keluarga.
Dia kena lead family, bukan isteri dia yang aturkan entah apa-apa sampai jadi macam ni.