Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak memaklumkan dia memerlukan wang sebanyak RM3,300 untuk melangsaikan hutang yang perlu ditanggungnya.

Artikel Berkaitan: Elliza Razak Dakwa Terima Ugutan, Perlu Lebih RM8k Untuk Selesai Beban – ‘Si Polan Tak Bertanggungjawab Belum Menjelaskan’

Tak cukup duit bayar hutang

Menerusi Instagram Story (IGs), Elliza berkata, jumlah tersebut adalah baki daripada hutang sebanyak RM8,300 yang masih belum diselesaikan dan tertunggak.

Kalau ada yang masih ingat kes ini, sebenarnya saya masih tak cukup nak kumpul RM3,300.

Sekarang dah tambah masalah lain, yang ini tak selesai lagi.

Timbul pula orang mencari saya disebabkan hutang tak guna itu buat, tak reti bayar.

Mohon sokongan orang ramai

Sehubungan dengan itu, bekas peserta Akademi Fantasia ini berharap orang ramai dapat menyokong perniagaan minyak wanginya dan mendoakan agar segala urusannya dipermudah.

Saya berharap sangat orang ramai sokong bisnes minyak wangi saya.

Dalam keadaan sekarang ini, banyak sangat yang perlu saya selesaikan.

Doakan saya ya.

Sebelum ini, Elliza mengakui hidup diselubungi ketakutan akibat berdepan gangguan pengutip hutang melibatkan bekas suaminya.

Untuk rekod, Elliza dan Khairul Adzwan Nasir berkahwin pada 11 November 2011. Namun mereka bercerai pada Februari 2024. 

Sumber: IGs Elliza Razak