berita

‘Eloklah, Pelakon Semua Orang Melayu’ – Iklan Hari Raya Ajak Berjudi Cetus Amarah

April 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Kemunculan sebuah iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian dengan berlatar belakangkan lagu Hari Raya Aidilfitri telah mengundang kecaman netizen yang menganggap syarikat berkenaan langsung tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Video tersebut telah dimuat naik di akaun Youtube rasmi syarikat perjudian berkenaan sebelum ianya viral di media sosial.

Iklan raya promosi judi

Menerusi video berdurasi 2:01 saat itu memaparkan seorang lelaki muda kelihatan sedih kerana tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan hari raya yang bakal menjelang. Menerusi bait-bait lirik lagu yang dikeluarkan, syarikat perjudian berkenaan memberitahu terdapat ‘cara’ untuk mendapatkan duit dan dalam masa yang sama mereka mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan ‘perjudian’ mereka.

Hal ini secara tidak langsung mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen terutamanya umat Islam. Bukan itu sahaja, wajah-wajah pelakon tersebut dipercayai merupakan orang Muslim yang lengkap berbaju Melayu dan bersongkok sementara pelakon wanita pula memakai baju kurung dan bertudung. Difahamkan, video iklan tersebut telah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti Youtube.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan terpanggil untuk memberi pendapat berhubung isu yang viral ini. Beliau menyifatkan ini adalah satu tindakan yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Saya dimaklumkan iklan itu berkaitan dengan kasino secara online yang sudah pun dipromosikan sebelum ini. Ini sudah pasti mengundang sensitiviti umat Islam kerana kita sedang berpuasa di bulan Ramadan dan disajikan dengan iklan yang bercanggah dari segi agama.

Diharapkan agar pihak yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.

Sumber: Harian Metro, Youtube

SKIP THIS AD ×