berita

‘Emak Sudah Sedar, Keadaan Semakin Stabil’ – Achey

August 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, pelawak Achey memberitahu bahawa ibunya, Ngasiah bte Hassan berada dalam keadaan tidak baik dan meminta agar orang ramai mendoakan ibunya kembali pulih.

Artikel berkaitan : ‘Buat Masa Ni Keadaan Mak Sangat Tak Baik’ – Achey Rayu Doakan Mak

Artikel berkaitan : ‘Ibu Tidur Secara Meniarap’ – 7 Ahli Keluarga Positif COVID-19, Achey Jadi Runner Hantar Keperluan

Terbaharu, Achey meluahkan rasa bersyukur apabila ibunya semakin stabil walaupun masih ada jangkitan kuman dalam darah.

Kesihatan ibunya semakin baik

Menurut Achey, segala perkembangan mengenai ibunya itu diketahui daripada kakak dan kakak iparnya yang bertugas sebagai jururawat. Ibunya juga lebih selesa bercakap dengan kakaknya kerana sudah biasa menjaganya di rumah sebelum ini.

Walau bagaimanapun, dia bersyukur dengan perkembangan kesihatan ibunya yang semakin baik walaupun laporan kesihatan yang diterimanya berubah-ubah setiap hari.

Untuk hari ini, alhamdulillah keadaan emak semakin stabil kerana mengikut kata doktor dan jururawat di hospital memaklumkan emak sangat kuat semangat untuk melawan virus itu.

Emak sudah sedar dan tiup saluran kencing yang dipakai sebelum ini pun sudah ditanggalkan. Malah, bantuan oksigen emak pun tidak terlalu tinggi lagi dan dia juga sudah boleh tidur mengikut keselesaan selain meniarap seperti disarankan doktor.

Berharap agar ibunya cepat sembuh

Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah mengatakan bahawa ibunya senang diurus serta mendengar kata doktor dan jururawat yang berada di hospital berkenaan.

Ujarnya, dia berharap agar ibunya cepat sembuh dan dia juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan kesihatan ibunya.

Terima kasih atas doa-doa ikhlas kalian semua terhadap emak serta ahli keluarga saya yang lain untuk mereka kuat melawan jangkitan pandemik ini. Pada masa sekarang, keadaan kesihatan emak saya bertambah stabil.

Namun, untuk hari-hari seterusnya saya tidak pasti lagi tahap kesihatannya bagaimana pula. Apapun, saya mohon teruskan doa kalian untuk kesembuhan emak saya termasuk semua pesakit Covid-19 yang kini bertarung di hospital.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×